Para pembaca/penonton yang dihormati sekalian,
Penyiaran gambar-gambar ini bukan bertujuan mencari kesalahan mana-mana pihak tetapi sekadar untuk difikir-fikir dan direnung-renungkan bersama tentang sikap kita.
Lokasi: Simpang Jalan Sungai Batang, Sandakan.
Papan tanda ini telah agak lama terletak di situ. Kali akhir saya lalu di situ sebelum artikel ini disiarkan, ialah pada 21 Jun 2009, papan tanda tersebut masih juga tidak dialihkan.
Inipun sama juga. Apa yang tak betulnya?
Fikir-fikirlah sendiri.
"Perlabuhan" atau "Pelabuhan"?
Fikir-fikirlah sendiri, apa yang kurang elok.
Penghijauan memang baik, tapi? Fikir-fikirlah sendiri.
Pemilik ladang kelapa sawit ini agaknya tidak terfikir, bahawa para pengguna jalan raya terpaksa berhenti atau memperlahankan kenderaannya untuk membaca papan tanda ini.
Jawatankuasa membuat kain rentang ini tentunya bermaksud "Yang Berbahagia" tetapi apabila ditulis "YB" semua orang akan mentafsirnya sebagai "Yang Berhormat".
Lokasi: Felda Sahabat, Lahad Datu.
Agaknya penconteng ini sudah "terlampau" rajin.
Barangkali sudah tiada bangunan lain lagi yang boleh diconteng selain papan tanda.
Serupalah juga dengan yang ini!
Inipun sama juga!
Sekali lagi..."Perlabuhan" atau "Pelabuhan?
Bunga-bunga, pokok-pokok dan tumbuhan yang ditanam untuk tujuan penghijauan amatlah baik sekali. Tetapi paling baik sekali jika tidak menghalang pandangan para pengguna untuk membaca papan tanda tunjuk arah ini, terutama bagi mereka yang baru sampai di sini.
Fikir-fikirlah sendiri.
Tidak terkecuali yang ini.
Papan tanda "Pusing Balik" dihalang pula pemandangannya oleh tiang papan iklan.
Jika tiada daun-daun pisang itu, tentu mudah sekali para pengguna jalan raya membaca papan tanda tunjuk arah ini.
Sumber: Berita Harian, 20 Jun 2009.
Isunya: "Derma Dadah" atau "Derma Darah"?
Lokasi: Di pembahagi jalan, dekat Masjid Ar-Raudah, Lahad Datu.
Papan tanda ini menghalang pandangan pemandu yang ingin "Pusing Balik".
Lokasi: Bulatan dekat lapangan terbang, Lahad Datu.
Isunya: Bukan pasal papan tanda, tetapi pasal bunga-bunga yang ditanam itu menghalang pandangan pemandu tentang kehadiran kenderaan dari sebelah kanan.
Fikir-fikir & Renung-renunglah sendiri!