20 Ogos 2009

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-6 PBPPPM Cawangan Daerah Lahad Datu.

2008 2009 adalah gandingan angka yang 'cantik' menunjukkan tarikh Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Ke-6 Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PBPPPM)Cawangan Daerah Lahad Datu. Sebenarnya angka itu ialah 20.08.2009, iaitu tarikh Mesyuarat Agung Kali Ke-6 PBPPPM Cawangan Daerah Lahad Datu, yang telah diadakan di Hotel Royal Palm. Majlis perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Ahmad Sabari Kamari, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Swasta, Perhubungan dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Puan Junainah Lo, Encik Awang Mohdzar Abdul Samad, Setiausaha PBPPPM Cawangan Negeri Sabah, beberapa orang guru besar, pengetua dan beberapa orang jemputan khas.

Dari kiri: Datu Hj. Ibrahim, Pn. Junainah Lo, Tuan Hj. Ahmad Sabari,

En. Awang Mohdzar dan En. Zainal Abidin.

Yang DiPertua PBPPPM Cawangan Daerah Lahad Datu, Encik Zainal Abidin Laja, menyampaikan ucapan alu-aluan.

Sebahagian daripada pesara dan jemputan khas yang hadir .

Encik Awang Mohdzar, yang mewakili Yang Dipertua PBPPPM Negeri Sabah, sedang menyampaikan ucapannya.
Tuan Hj. Ahmad Sabari Kamari, yang mewakili Pengarah Pelajaran Sabah,
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung pada kali ini.
Penyampaian cenderakenangan oleh En. Zainal Abidin
kepada Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Pn. Junainah Lo,
yang mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu.
Apabila bertemu sahabat lama, kemesraan sebeginilah yang terjelma...
Sebahagian daripada para jemputan khas sedang menikmati juadah selepas selesai majlis perasmian.

Klik butang "play" untuk lihat gambar-gambar slaid

RAMADAN & HARI KEMERDEKAAN

Kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, di mana saja berada, diucapkan selamat menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak.
SELAMAT BERPUASA!!!
Dan....kepada seluruh rakyat Malaysia, selamat Menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-52.
MERDEKA!!!

18 Ogos 2009

MAKLUMAN.

1. Bengkel Penyelarasan Data Sistem Maklumat Murid (SMM) Kutipan Bulan Oktober 2009 (Perisian SMM Versi 4)
Tarikh: 18 - 19 Ogos 2009
Masa: 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Lahad Datu.
Tindakan: Guru Penyelaras Data (U.P: En. Emran Sumanggil).

2. Mesyuarat/Taklimat Khas Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah L. Datu.
Tarikh: 19 Ogos 2009
Masa: 8.00 pagi - 4.00 petang.
Tempat: Bilik Mesyuarat SK. Pekan, Lahad Datu.
Tindakan: Semua Pengetua & Semua Guru Besar.

3. Bengkel Guru Inovatif Sains Dan Matematik Peringkat Daerah Lahad Datu 2009.
Tarikh: 19 Ogos 2009
Masa: 7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Lahad Datu
Tindakan: En. Emran Sumanggil

4. Taklimat/Bengkel Guru Pemulihan Khas Daerah Lahad Datu.
Tarikh: 20 Ogos 2009.
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang.
Tempat: Bilik Mesyuarat SK. Pekan, Lahad Datu.
Tindakan: Guru Pemulihan Khas (U.P: Cik Norhafizah Rasul)

17 Ogos 2009

RIMUP: SK. Kennedy Bay & SK. Kg. Silam - Sukan & Permainan

Program RIMUP Kelompok 4, SK. Kennedy Bay dan SK. Kg. Silam, telah diadakan pada 8 Ogos 2009, dalam aktiviti Sukan dan Permainan, yang telah memilih permainan Futsal dan Bola Jaring dijadikan permainan perlawanan persahabatan di antara kedua-dua buah sekolah.
Program kali ini merupakan anjuran kali kedua pada tahun ini yang dipengerusikan oleh SK. Kennedy Bay.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua kampung Teluk Souian, Encik Ahmad Ismail.
Urusetia Pendaftaran
Bacaan doa sebelum majlis dimulakan.
Sepak mula oleh En. Arsani Alam, Guru Besar SK. Kennedy Bay,
menandakan bermulanya perlawanan Futsal.
Lontar mula oleh Puan Armah Ahmad, PK. HEM SK. Kg. Silam,
sebagai permulaan perlawanan Bola Jaring di antara kedua-dua sekolah.
Pasukan Futsal SK. Kg. Silam
Pasukan Futsal SK. Kennedy Bay.
Pasukan Bola Jaring SK. Kg. Silam & SK. Kennedy Bay.
Pasukan Bola Jaring SK. Kg. Silam
Pasukan Bola Jaring SK. Kennedy Bay.
Pasukan Bola Jaring SK. Kg. Silam
Kedua-dua pasukan bergambar sama.
Salam persahabatan dihulurkan sebelum perlawanan dimulakan.
"Horey....hebat juga aku tangkap bola ini"
Siapa yang lontar,
GA merah kah atau GA hijau?
Lontaran pinalti:
"Alamak!!! Aku gagal...."
Lontaran pinalti:
"Melontarnya begini....tengok....masuk kan?"
Penyampaian hadiah kepada pemenang keseluruhan,
oleh Ketua Kampung Teluk Suoiaun, Encik Ahmad Ismail.
Encik Ahmad Ismail, YDP. PIBG. Kg. Silam
turut menyampaikan hadiah.
(Nota: Istimewanya, dua orang kuat Kg. Silam dan Kennedy Bay ini sama namanya)
Encik Arsani juga menyampaikan hadiah.
Puan Armah Ahmad, PK. HEM SK. Kg. Silam
turut menyampaikan hadiah.
Timbalan YDP. PIBG. SK. Kennedy Bay,
Encik Ismail Ghani menyampaikan Sijil Penghargaan.
Penyampaian Cenderahati oleh En. Arsani kepada En. Ahmad,
perasmi program pada kali ini.

15 Ogos 2009

Perkhemahan Unit Beruniform SK. Kennedy Bay, Tahun 2009.

Perkhemahan Unit Beruniform SK. Kennedy Bay telah diadakan pada 1 & 2 Ogos 2009 bertempat di dalam kawasan sekolah. Perkhemahan ini melibatkan 4 pasukan unit beruniform sekolah iaitu Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).
Banner publisiti perkhemahan.
Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh En. Arsani
Unit Persatuan Bulan Sabit Merah & Guru-guru Penasihat
Unit Persekutuan Pengakap Malaysia & Pemimpin-pemimpin
Unit Persatuan Puteri Islam Malaysia & Pemimpin-pemimpin
Unit Tunas Kadet Remaja Sekolah & Pemimpin-pemimpin
Pendidikan agama tidak diabaikan dalam program perkhemahan ini.