30 Oktober 2009

KEM SERUMPUN 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2009

26 - 29 Oktober 2009, Borneo Paradise Eco Farm, Kunak: Telah berlangsung Perkhemahan Kem Serumpun 1 Malaysia Peringkat Negeri Sabah yang menghimpunkan 282 orang murid dari 42 sekolah rendah, 70 orang jurulatih dan guru pengiring seluruh daerah Lahad Datu.
Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Y. Bhg. Datuk Normah binti Gagoh.
Seperti kelaziman mana-mana perkhemahan, pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan itu.

Gambar-gambar slaid. Klik butang play.

Untuk lihat gambar-gambar video, klik di sini: www.youtube.com/arsani2alam

28 Oktober 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 PPD Gabungan Lahad Datu

27 Oktober 2009, PPD Kinabatangan telah diberi penghormatan menjadi tuan rumah untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2008 untuk Pejabat Pelajaran Gabungan Lahad Datu yang melibatkan Pejabat Pelajaran Daerah Kunak, Lahad Datu dan Kinabatangan sebelum ianya dipisahkan menjadi pejabat pelajaran masing-masing pada tahun 2009.
Majlis tersebut telah diadakan di SMK. Bukit Garam II, Kinabatangan.
Seramai 283 orang penerima APC dari ketiga-tiga daerah telah menerima anugerah dan 5 orang pesara dari daerah Kinabatangan menerima Anugerah Sijil Penghargaan dari Jabatan Pelajaran Sabah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Normah Gagoh, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.
Lagi gambar-gambar slaid. Klik butang 'play'

26 Oktober 2009

SEMINAR PENGUKUHAN DISIPLIN & SAHSIAH MURID

Bertempat di Dewan Plasma, Lembaga Sawit Malaysia (MPOB), Lahad Datu, pada 25 Oktober 2009, satu seminar bertajuk Pengukuhan Disiplin & SahsiahMurid Peringkat Daerah Lahad Datu, yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu, Jawatankuasa Permuafakatan PIBG Daerah Lahad Datu dan Majlis Permuafakatan Pendidikan Daerah Lahad Datu, telah diadakan.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Ybhg. Datuk Normah Binti Gagoh.
Seminar ini telah menghimpunkan seramai lebih kurang 750 orang peserta terdiri daripada semua Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan/Penyelia Petang, ahli-ahli PIBG dan ibu bapa sekolah-sekolah daerah Lahad Datu.
Antara pengisian seminar pada sebelah pagi ialah majlis forum bertajuk "Anak: Antara Anugerah dan Amanah", yang dipengerusikan oleh Encik Dexter Silam. Ahli penal terdiri daripada Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood (Penceramah Bebas), CR. Mohd. Makhtar Bin Hj. Nor (Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPN Sabah), Encik Abdullah bin Majid (Tokoh YDP PIBG Daerah Lahad Datu 2008) dan ASP. Bong Kuet Khiun (Unit, Jenayah, Polis di-Raja Malaysia, Daerah Lahad Datu).
Sementara itu sesi sebelah petang mengisi slot ceramah yang bertajuk "Ibu Bapa Cemerlang, Anak-anak Gemilang", disampaikan bersama oleh pasangan suami isteri Penceramah Bebas iaitu Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood.
Turut hadir dalam seminar ini ialah Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu, Encik Juraimin Hj. Jadil; Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Encik Mohd. Zaini Yanin; wakil kepada kedua-dua ADUN N49 dan N50 serta pegawai-pegawai dari beberapa jabatan negeri dan persekutuan.

22 Oktober 2009

Penubuhan Majlis Pengakap Daerah Tungku

Untuk lihat gambar dan berita sila klik di sini http://www.arsani-alam.blogspot.com/

19 Oktober 2009

Majlis Meraikan Persaraan Pn. Hjh. Samirah Mobin

19 Oktober 2009 bertempat di SK. St. Dominic Lahad Datu, satu majlis jamuan bagi meraikan persaraan wajib Puan Hjh. Samirah Hj. Mobin telah diadakan oleh Majlis Guru Besar Daerah Lahad Datu, sempena persaraan wajib beliau yang genap 56 tahun pada 26 Oktober 2009 ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Encik Mohd. Zaini Hj. Yanin dan Timbalan Pelajaran Daerah Lahad Datu, Puan Junainah Lo. Menjamu selera, Hjh. Samirah, Puan Junainah dan En. Gimson

Penyampaian cendera kenangan oleh En. Gimson kepada Puan Hjh. Samirah.
Turut menyaksikan, Pegawai Pelajaran Daerah, En. Mohd. Zaini.
Puan Hjh. Samirah menyampaikan ucapan
Ucapan alu-aluan oleh YDP MGB Lahad Datu, Encik Gimson.

Lebih banyak gambar slaid: Klik butang 'play'

18 Oktober 2009

Majlis Hari Raya SK. Kennedy Bay

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Staf SK. Kennedy Bay bersama Keluarga telah diadakan pada 17 Oktober 2009/28 Syawal 1430H bertempat di Tang Inn, Lahad Datu.(Gambar-gambar selanjutnya lawati http://www.friendster.com/arsanialam atau untuk lihat klip video layari http://www.youtube.com/arsani2alam)