25 Julai 2009

Program Bulan Kecergasan (Julai) 2009 SK. Kennedy Bay

Kementerian Pelajaran telah mengisytiharkan bahawa sepanjang bulan Julai setiap tahun adalah sebagai bulan kecergasan. Semua sekolah diarah untuk menjalan pelbagai program yang berbentuk kecergasan sepanjang bulan berkenaan.
SK. Kennedy Bay tidak ketinggalan menyahut seruan tersebut. Beberapa siri program telah dan akan dibuat sebelum berakhir bulan Julai ini.
Salah satu program yang telah dijalankan ialah senam beramai-ramai oleh semua warga sekolah pada 24 Julai 2009 yang lalu. Kumpulan murid yang dilatih khas untuk mengetuai senam beramai-ramai.
Riang....Cikgu Wasli, Emran dan murid-murid.
Enjoy....Widury, Minei, Auni dan Jainei bersama murid-murid. Nun di hujung sana, kelihatan Hamidah, Fadli dan Emran
Betty...masih malu-malu mengikut rentak senam.
Fadli, Widury, Minei, Auni, Jainei dan Hamidah (baris belakang) ...gaya buka langkah "Ultra Man"
Murid-murid seronok. Ada yang macam nak terbang.
Cikgu Emran...Goyang dangdut bersama murid-murid...hee..hee.
Latihan pemanasan badan
Cikgu Ahmad, mengetuai aktiviti dengan memulakan 'pemanasan badan'

Selsema Babi, H1N1 - SM. Sains Lahad Datu, Tutup.

Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Encik Zaini Hj. Mohd. Yanin, mengesahkan bahawa 2 orang pelajar SM. Sains Lahad Datu, disahkan dijangkiti selsema Babi H1N1. Sekolah tersebut telah diarah tutup sementara waktu bermula dari 23 Julai 2009 hingga 26 Julai 2009, atau ....tertakluk kepada keadaan semasa. Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Lahad Datu supaya mengambil langkah berjaga-jaga di sekolah masing-masing - menasihatkan warga sekolah masing-masing supaya menjaga kesihatan dan kebersihan persekitaran rumah dan sekolah. Beliau menyampaikan mesej tersebut semasa Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Induk Kontinjen Daerah Lahad Datu ke Pesta PSKPPS Zon Tenggara, di Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu, pada 23 Julai 2009 yang lalu. Sementara itu, satu taklimat khas kepada semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Lahad Datu, berhubung isu H1N1 telah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah pada 24 Julai 2009, jam 2.00 petang.

24 Julai 2009

Alamat Emel Sekolah Yang Baru

Dimaklumkan bahawa alamat emel sekolah yang baru adalah seperti berikut:
skkbld@gmail.com
Alamat emel yang lama, arsani_alam@yahoo.com.my, sila abaikan. Alamat ini masih aktif, tetapi ianya akan dijadikan alamat milik peribadi.

23 Julai 2009

Pertandingan Public Speaking Peringkat Negeri Sabah 2009

Daerah Lahad Datu telah menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Public Speaking Peringkat Negeri Sabah 2009.
Perasmian pertandingan telah disempurnakan oleh Y.M. Ir Datu Jamigul Hj. Datu Salin, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
Pertandingan berlangsung di Dewan SJK ( C ) Siew Ching, Lahad Datu, pada 22 Julai 2009. Menjamu selera selepas acara selesai
Para pemenang pertandingan bersama En. Abd. Wahit Ali Asgar, Ketua Unit PPD. Lahad Datu Penyampaian cenderamata oleh PPD Lahad Datu, En. Mohd. Zaini Yanin
Penyampaian cenderahati oleh PPD Lahad Datu
Sebahagian daripada penonton, guru pengiring dan peserta pertandingan
Paluan gong perasmian oleh Y.M. Ir Datu Jamigul Hj. Datu Salin
Datu Jamigul menyampaikan ucapan perasmian
En. Mohd. Zaini Yanin, PPD Lahad Datu, menyampaikan ucapan alu-aluan.
Keberangkatan tiba Y.M. Ir Datu Jamalul Hj. Datu Salin ke lokasi pertandingan, disambut dengan paluan kompang.
Para petugas Urusetia

21 Julai 2009

Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Lahad Datu 2009

Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Lahad Datu telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Pelajaran Sabah, Puan Cik Fazidah Hamzah, pada 18 Julai 2009 bertempat di Dewan Perdana, Lahad Datu.
Pelbagai anugerah telah disampaikan pada majlis tersebut, seperti: Pengurusan Kantin Terbaik, Pengurusan Surau Terbaik, Pengurusan Pusat Sumber Terbaik, Pengurusan Prasekolah Terbaik, Pengurusan Bilik BOSS Terbaik, Pengurusan J-Qaf Terbaik, Pengurusan Kelas Pemulihan Terbaik, Pengurusan Data Terbaik, Pengurusan HEM Terbaik, Pengurusan Kokurikulu Terbaik, Pengurusan Kewangan Terbaik, Penghargaan Khas Kelas Integrasi Pendidikan Khas, Anugerah Khas SM Teknik, Anugerah Khas SM Sains, Pencapaian Akademik Terbaik 2008 (UPSR, PMR, SPM, STPM), Lonjakan Saujana (UPSR, PMR, SPM, STPM), Sekolah Cemerlang, Guru Inovatif, YDP PIBG, Guru Khidmat Bakti Pedalaman, Guru Besar Terbaik, Pengetua Terbaik dan Tokoh Guru 2009 (Lelaki dan Perempuan).

Tokoh Guru 2009 telah dianugerahkan kepada Encik Lo Fah Fun (Lelaki) dan Puan Halimah @Norhana binti Abdul Hakim (Perempuan).

14 Julai 2009

Pelancaran Program Sihat Minda Peringkat Daerah Lahad Datu

Kempen Program Sihat Minda Peringkat Daerah Lahad Datu telah dilancarkan pada 12 Julai 2009 bertempat di Dewan Tun Datu Hj. Mustapha, Lahad Datu. Ianya telah dikelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Lahad Datu. Perasmian pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Datuk Hj. Datu Nasrun bin Hj. Datu Mansur, ADUN Lahad Datu, Merangkap Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Awang Zainie Hj. Suntim dan ramai lagi Penolong-penolong Pesuruhjaya Ibu Pejabat, Bahagian dan Daerah dari beberapa daerah negeri Sabah. Pada majlis tersebut turut dirasmikan kewujudan jawatan baru, Pesuruhjaya Daerah Kecil Tungku, yang menyaksikan Tuan Hj. Ahmad Syawal, telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tungku yang pertama . Di majlis itu juga berlangsung penganugerahan manikayu 2 biji kepada 11 orang pemimpin pengakap serta pentauliahan bagi penolong-penolong pesuruhjaya daerah Lahad Datu bagi tempoh 2009 - 2011.