30 Mei 2009

Cuti Sekolah Semester 1/2009

Selamat Bercuti kepada semua guru, ibubapa/penjaga dan murid sekalian. Tarikh cuti: 30 Mei 2009 hingga 14 Jun 2009. Semua guru dan murid kembali bertugas/belajar ke sekolah seperti biasa pada 15 Jun 2009.

29 Mei 2009

SPM HAD 10 SUBJEK

SPM had 10 subjek Oleh Ziauddin Sharuddinzia@bharian.com.my SEREMBAN: Mulai tahun depan, calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu akan membolehkan guru memberi tumpuan kepada pengajaran subjek teras, manakala sekolah tidak menghadapi masalah kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran. “Langkah mengehadkan subjek itu turut memanfaatkan ibu bapa kerana ada yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen berikutan waktu pembelajaran subjek tambahan di sekolah tidak mencukupi," katanya pada sidang akhbar selepas meletakkan batu asas Kompleks Pendidikan Bandar Enstek di sini, semalam. Sistem persijilan terbuka sekarang tidak mengehadkan jumlah mata pelajaran yang hendak diduduki calon SPM menyebabkan sesetengah pelajar mengambil sehingga 20 subjek. Tahun lalu, 48,000 pelajar atau kira-kira 10 peratus daripada 500,000 calon SPM mengambil lebih 10 subjek. Muhyiddin berkata, selaras langkah mengehadkan subjek SPM, sistem penggredan peperiksaan itu juga akan diubah untuk memudahkan penilaian dalam penawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). "Perubahan sistem penggredan ini penting supaya jika dapat A, kita mahu tentukan sama ada gred itu A, A+ atau A-. Begitu juga jika B, sama ada B, B+ atau B-. Ini supaya dalam soal mendapat biasiswa, pelajar dinilai berdasarkan bilangan subjek diambil dan gred diperoleh," katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom menjelaskan, sistem penggredan baru itu turut meliputi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun depan. Sistem itu sudah dilaksanakan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). "Sistem ini akan menjadikan keputusan peperiksaan lebih terperinci. Sebagai contoh di peringkat UPSR, kira-kira 48,000 murid mendapat A dalam semua subjek. Jadi dengan sistem baru, lebih mudah untuk pemilihan murid memasuki sekolah berasrama penuh," katanya. Alimuddin berkata, sistem penggredan itu masih dikaji untuk diperhalusi, tetapi kementerian tidak menghadapi masalah untuk melakukannya kerana hanya memerlukan sedikit penyusunan. Sementara itu, Muhyiddin berkata, mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya yang membincangkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) kelmarin, mahu usaha diperhebatkan untuk meningkatkan mutu pendidikan di luar bandar. Usaha akan dilakukan dalam Rancangan Malaysia (RMK) Ke-10 untuk memperbaiki kemudahan prasarana di luar bandar serta menghantar guru terlatih dan berkelayakan, terutama bagi subjek bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. “Ini penting untuk merapatkan jurang pencapaian pendidikan antara bandar dan luar bandar serta antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. "Walaupun jurang itu tidak terlalu jauh, ada perbezaan ketara antara bandar dengan luar bandar. Ini dapat dilihat dari segi keputusan peperiksaan," katanya yang sebelum itu melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan Bandar Enstek. Antara komponen utama kompleks pendidikan berharga kira-kira RM1.3 bilion itu ialah Institut Aminuddin Baki, Kolej Tunku Kursiah, Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Fasa pertama dijangka siap akhir tahun depan, manakala fasa kedua dilaksanakan dalam RMK-10. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. Sumber: Berita Harian Online, 29 Mei 2009.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

Selamat menyambut PESTA KAMAATAN (30 - 31 Mei) kepada semua rakyat Malaysia yang berada di Sabah khasnya dan di seluruh Malaysia amnya.

28 Mei 2009

Majlis Perpisahan Puan Noraidah

Sehari sebelum berakhir tempoh perkhidmatan Puan Noraidah Zenin sebagai Guru Ganti, dari Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK), pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan untuk beliau pada hari ini (28.5.2009) bertempat di Pondok Taman Bacaan SK. Kennedy Bay. Majlis diadakan secara sederhana sambil santai-santai sahaja tetapi agak meriah.

Program Outreach Pendidikan Khas Daerah Lahad Datu 2009

Slot ceramah, "Peranan Ibubapa Dalam Menangani Anak Istimewa", disampaikan oleh Encik Mojuntin Ebin, Ketua Unit, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
Ucapan alu-aluan oleh Encik Mohd. Zaini Yanin, Pegawai Pelajaran Daerah, Lahad Datu.
Ucapan Perasmian oleh Tuan Hj. Ahmad Sabari bin Kamari,
Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas
Jabatan Pelajaran Sabah.

Para guru pemulihan khas mendengar taklimat yang diberikan oleh doktor pakar. Di belakang kelihatan Encik Kassim Hj. Buntak (baju hitam), Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Pameran dan jualan hasil kraf tangan pelajar-pelajar pendidikan pemulihan.

Sudut pameran dan jualan

Persembahan nyanyian berkumpulan oleh murid-murid Pendidikan Khas dari SK. Pekan, Lahad Datu, sabah.

Dengan tema "Insan Istimewa Tanggungjawab Bersama", Program Outreach Pendidikan Khas telah selesai dijalankan pada 26 Mei 2009 bertempat di Dewan SJK (C) Siew Ching, Lahad Datu. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Sabari bin Kamari, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Sabah. Program ini telah melibatkan agensi/jabatan lain. Misalnya pihak hospital (doktor), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bank Simpanan Nasional.

19 Mei 2009

Kursus Pelan Strategik Untuk Guru Besar Daerah Lahad Datu

Pada 19 Mei 2009 Kursus Pelan Strategik untuk semua Guru Besar daerah Lahad Datu Anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan kerjasama Majlis Guru Besar Daerah Lahad Datu telah diadakan di SJK. (C) Siew Ching, Lahad Datu. Ceramah kursus disampaikan oleh Puan Judy Rohaya R.E. Lee, Penolong Pengarah, Unit Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Majlis Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Encik Mohd. Zaini Yanin, Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu.

17 Mei 2009

SAMBUTAN HARI GURU SK. KENNEDY BAY 2009

Sempena Hari Guru tahun ini, 16 Mei 2009, SK. Kennedy Bay telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Majlis dianjurkan dengan kerjasama oleh pihak PIBG. Antara pengisian majlis: 1. Ucapan oleh YDP PIBG. 2. Ucapan Guru Besar (yang juga membacakan Teks Perutusan Hari Guru oleh KPPM 3. Bacaan Ikrar Guru 4. Nyanyian Lagu: Kami Guru Malaysia & Guru Pembina Bangsa (Lagu Tema) 5. Acara Memotong Kek Hari Guru. 6. Sukaneka oleh Guru & KTBM. 7. Persembahan nyanyian oleh murid, guru dan ibubapa/PIBG. 8. Tukar-tukar hadiah diantara staf. Gambar-gambar selanjutnya boleh dilihat melalui laman You Tube dan laman Friendster. Sila klik dari SENARAI PAUTAN yang terdapat di sebelah kanan laman ini.

15 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU 2009

Selamat Menyambut Hari Guru, 16 Mei 2009, khususnya untuk semua guru daerah Lahad Datu, dan khasnya untuk semua guru di seluruh Malaysia. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

14 Mei 2009

Makluman

1. Kursus Dalaman Perancangan Strategik. Tarikh: 19 Mei 2009. Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang Tempat: Bilik Gerakan, SJK. Siew Ching, Lahad Datu. Tindakan: Semua Guru Besar, Daerah Lahad Datu. 2. Mesyuarat dan Bengkel Khas Kutipan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) SMPP/EMIS Secara Online 2009. Tarikh: 19 - 22 Mei 2009. Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang. Tempat: Makmal Komputer SK. Lahad Datu III. Lahad Datu. Tindakan: Encik Mohd. Affandi Jamaludin. 3. Kursus "Developing Language Skills For English Language Teachers" Tarikh: 22 - 23 Mei 2009. Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang. Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Lahad Datu. Tindakan: Puan Noraini Ambiau. 4. Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Mata Pelajaran Kemahiran Hidup SR. LD. Tarikh: 20 Mei 2009. Masa: 8.30 pagi Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Lahad Datu. Tindakan: Ketua Panitia Kemahiran Hidup 5. Mesyuarat Pelaksanaan Program Mengenal Pasti Bakat (TID) Peringkat Daerah Lahad Datu Tahun 2009. Tarikh: 20 Mei 2009 Masa: 9.00 pagi. Tempat: UPK, Lahad Datu. Tindakan: Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan. 6. Taklimat Mental Status Examination Tarikh: 22 Mei 2009. Masa: 9.00 pagi. Tempat: Bilik Gerakan, PPD. Tindakan: Kaunselor/Guru Bimbingan. 7. Pertandingan Badminton Bergu Tertutup (Lelaki & Perempuan) Untuk Guru Besar/Pemangku Guru Besar LD. Tarikh: 24 Mei 2009 (Ahad) Masa: 8.00 pagi. Tempat: Dewan SJK. (C) Chee Vun, Lahad Datu. 8. PEPERIKSAAN SEMESTER I: SK. KENNEDY BAY. Tarikh: 26 - 29 Mei 2009. 9. Mesyuarat Permuafakatan PIBG Daerah Lahad Datu Sesi 1/2009. Tarikh: 27 Mei 2009. Masa: 9.00 pagi. Tempat: Bilik Gerakan, SMK. Sepagaya, Lahad Datu. Tindakan: YDP. PIBG. SK. Kennedy Bay (U.P: En. Ahmad Arapani)

02 Mei 2009

Guru Besar Cuti Rehat

Adalah dimaklumkan bahawa Guru Besar SK. Kennedy Bay Lahad Datu, Encik Arsani Alam, mengambil Cuti Rehat mulai daripada 4 Mei 2009 hingga 8 Mei 2009. Sepanjang tempoh cuti rehat tersebut, pentadbiran sekolah akan dipangku oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Jainei Selamat. Guru Besar mengambil cuti rehat kerana urusan persiapan majlis perkahwinan anak saudara perempuan beliau (anak kepada adiknya) yang akan berlangsung pada 9 Mei 2009 (Sabtu/sempena cuti hari Wesak) bertempat di rumah beliau di MDLD 3551, Lot 116, Lorong 3E, Taman Aman 3, Lahad Datu, Sabah.

01 Mei 2009

Selamat Hari Pekerja

Selamat Menyambut Hari Pekerja - 1 Mei - kepada semua staf SK. Kennedy Bay Lahad Datu khasnya, dan kepada seluruh warga Malaysia amnya, yang bergelar pekerja. Semoga kita semua akan terus menyumbang kepada pembangunan negara. "Jangan tanya apa sumbangan negara kepada kita, tapi tanyalah apa sumbangan kita kepada negara".