20 September 2010

Peperiksaan UPSR 2010

Kepada:
SEMUA MURID TAHUN 6,
SK. KENNEDY BAY.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR PADA 21, 22 & 23 SEPTEMBER 2010.
KAMI IRINGI DOA SEMOGA ANDA SEMUA BEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG.

08 September 2010

UCAP SELAMAT HARI RAYA GB

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN diucapkan kepada semua warga SK. Kennedy Bay, semua rakan dan semua keluarga di mana saja berada. Daripada:
ARSANI ALAM & KELUARGA

Program Solat Hajat UPSR/Sembahyang Misa 2010

3 September 2010: Program Solat Hajat UPSR bagi murid-murid beragama Islam telah diadakan di Masjid Kg. Teluk Soaiun dengan kerjasama AJK. masjid berkenaan. Sementara sembahyang Misa UPSR bagi murid-murid yang bukan Islam telah diadakan di Gereja Lady Of Pillar, Teluk Soaiun.

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2010

3 September 2010: Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2010 SK. Kennedy Bay.

02 September 2010

UPSR 2010

Mutakhir

494,493 pelajar duduki UPSR 21-23 September 2010/09/01

KUALA LUMPUR: Seramai 494,493 murid akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 21 hingga 23 September ini di seluruh negara. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran, dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata daripada jumlah itu 373,190 murid adalah dari Sekolah Kebangsaan, 96,166 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 16,965 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Selebihnya adalah calon dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu seramai 8,163 dan 9 orang dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina.
"Peperiksaan akan diadakan di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara yang melibatkan 47,768 petugas peperiksaan," menurut kenyataan itu. Semua calon diingatkan supaya merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran semasa peperiksaan berlangsung. - BERNAMA
Sumber Berita: Berita Harian Online, 2 September 2010.