19 Jun 2009

INTEGRITI WARGA PENDIDIK KPM

IKRAR INTEGRITI MALAYSIA
Kami, rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan,
dengan tulus dan suci hati,
berikrar
memantap dan memperkukuhkan,
maruah dan integriti kami,
keluarga dan masyarakat, agama,
bangsa dan negara kami.

Ke arah itu kami berikrar:
  • Mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang;
  • Mematuhi dan mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara;
  • Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika;
  • Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintegriti;
  • Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menggugat integriti masyarakat dan negara; dan
  • Membudayakan integriti sebagai amalan hidup harian secara individu dan berpasukan.
IKRAR GURU
Bahawasanya kami,
guru-guru negara Malaysia,
dengan ini berikrar:
Mendukung terus cita-cita kami
terhadap tugas kami
dan menyatakan keyakinan kami
pada cita-cita murni pekerjaan kami.
Kami akan berbakti
kepada masyarakat
dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara.
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN, MALAYSIA.
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggunjawab dan berkebolehan, menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

1. Tanggungjawab Terhadap Pelajar

  • Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain;
  • Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama;
  • Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya;
  • Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran;
  • Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar; dan
  • Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui kajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus, persidangan, mesyuarat atau seminar pengajaran supaya kami mencapai mutu yang cemerlang.

2. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

  • Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka;
  • Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga;
  • Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai kesedaran rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya;
  • Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang dierima daripada ibu bapa secara teliti dan bisaksana;
  • Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengeruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar; dan
  • Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

3. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat & Negara

  • Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukunegara;
  • Memupuk dalam setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna; menghormati orang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayan, keturunan dan agama;
  • Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat;
  • Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat;
  • Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan cendekiawan masyarakat; dan
  • Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan dan diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.

4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat & Profesion Perguruan.

  • Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru;
  • Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan profesion kami sebagai guru;
  • Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial;
  • Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan; dan
  • Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.