05 Jun 2009

Pengesahan Tarikh Majlis Perpisahan Ustazah Zahariah

Dimaklumkan kepada semua staf SK. Kennedy Bay, bahawa majlis tersebut di atas yang sepatutnya akan diadakan pada 7 Jun 2009 telah ditunda kepada ketetapan seperti berikut: Tarikh: 8 Jun 2009 (Isnin) Masa: 11.00 pagi. Tempat: Rumah Guru Besar, MDLD 3551, Lot 116, Taman Aman 3, Lahad Datu. Semua staf SK. Kennedy Bay adalah dijemput menghadiri majlis berkenaan. NOTA: 1. Pakaian kemas. 2. Tuan/puan/cik digalakkan membawa bersama keluarga terdekat (anak, isteri/suami, ibubapa dll.) 3. Tarikh tersebut di atas disahkan kerana Ustazah Zahariah telah telefon saya pada 5 Jun jam 10.00 malam bahawa beliau akan sampai ke Lahad Datu pada 7 Jun (9.00 malam melalui airport Tawau) : GB. 4. Sesiapa saja yang terbaca maklumat ini, tolong sebarkannya kepada semua rakan staf SK. Kennedy Bay, bahawa mereka dijemput menghadiri majlis berkenaan. 5. Jawatan kuasa kerja yang telah dibentuk, mohon mainkan peranan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan