30 Jun 2009
Majlis Perpisahan: Mohd. Affandi, Habib Musa & Samsul
27 Jun 2009
Jejak Sekolah, Jejak Murid
Melalui ruang ini juga kami mengajak mana-mana mantan murid sekolah ini yang telah berjaya dalam kerjaya mereka supaya tampil menghubungi kami sebagai suatu usaha mengimbau kembali nostalgia mereka semasa belajar di sini dan juga sebagai suatu kebanggaan bagi warga SK. Kennedy Bay yang dapat melahirkan insan-insan yang berjaya.
Pada 25 Jun 2009 yang lalu, salah seorang bekas murid sekolah ini dalam tahun 80-an, Helen Lim, tanpa dirancang dan tanpa temu janji telah muncul menjejak kaki ke sekolah ini. Menurut beliau, secara kebetulan beliau berada di Lahad Datu untuk suatu tugas rasmi, terdetik di hati untuk melihat-lihat semula sekolah di mana beliau pernah belajar suatu ketika dulu.
Apa yang membanggakan kami ialah Helen seorang yang kini mempunyai kedudukan dan kerjaya yang sungguh baik di Jabatan Perdana Menteri, tetapi tidak seperti "kacang lupakan kulit". Beliau menemui mantan guru-guru beliau, bersalaman, cium tangan dan berpelukan (maksud saya, yang sama sejenis dengannyalah) dengan penuh rasa sebak.
26 Jun 2009
Majlis Menandatangan Buku Rekod Profil Murid
22 Jun 2009
Papan Tanda: Apa Yang Tak Betul?
19 Jun 2009
INTEGRITI WARGA PENDIDIK KPM
- Mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang;
- Mematuhi dan mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara;
- Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika;
- Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintegriti;
- Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menggugat integriti masyarakat dan negara; dan
- Membudayakan integriti sebagai amalan hidup harian secara individu dan berpasukan.
1. Tanggungjawab Terhadap Pelajar
- Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain;
- Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama;
- Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya;
- Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran;
- Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar; dan
- Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui kajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus, persidangan, mesyuarat atau seminar pengajaran supaya kami mencapai mutu yang cemerlang.
2. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka;
- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga;
- Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai kesedaran rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya;
- Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang dierima daripada ibu bapa secara teliti dan bisaksana;
- Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengeruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar; dan
- Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
3. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat & Negara
- Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukunegara;
- Memupuk dalam setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna; menghormati orang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayan, keturunan dan agama;
- Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat;
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat;
- Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan cendekiawan masyarakat; dan
- Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan dan diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.
4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat & Profesion Perguruan.
- Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru;
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan profesion kami sebagai guru;
- Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial;
- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan; dan
- Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
"Spelling Competition" Peringkat Daerah Lahad Datu 2009.
Ucapan Perasmian Penutupan oleh Encik Abdul Wahit Ali Asgar,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu.
18 Jun 2009 (Khamis), bertempat di Dewan SJK. ( C ) Chee Vun, berlangsung pertandingan "Spelling Competition" Peringkat Daerah Lahad Datu. Seramai 79 orang peserta daripada 15 buah sekolah rendah daerah Lahad Datu telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Adik Nur Shuhaida binti Anuar dari SK. Sahabat 2 telah muncul juara. Tempat kedua dimenangi oleh adik Nur Shahida Ayu binti Nur Amin dari SK. Amalania. Tempat ketiga disandang oleh peserta lelaki dari SJK. (C ) Yok Choi (maaf, namanya tidak sempat dicatat, tetapi No. Penyertaannya - lihat gambar - ialah No. 42). Majlis Perasmian Penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Abdul Wahit Ali Asgar, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu. Para pemenang pertandingan ini akan mewakili Daerah Lahad Datu ke pertandingan Peringkat Zon Tenggara.
17 Jun 2009
Diari
18 Jun 2009 (Khamis)
- Masa: 7.30 pagi. Tempat: Dewan SJK. (C) Chee Vun, Lahad Datu. Perkara: Pertandingan "Spelling Competition", sekolah-sekolah Lahad Datu.
- Masa: 8.00 pagi.
Tempat: SK. Kennedy Bay.
Perkara: Rawatan Kesihatan untuk murid-murid Tahun 1 & Tahun 6 oleh Jabatan Kesihatan Lahad Datu.
Tindakan: Guru Kelas berkenaan & Guru Kesihatan/PK. HEM. - Masa: 9.00 pagi.
Tempat: Pusat Kegiatan Guru Lahad Datu.
Perkara: Taklimat Pendaftaran Peperiksaan UPSR /PMR/SPM Secara Online.
Tindakan: En. Wasli Kassim. - Masa: 2.00 petang.
Tempat: SK. Pekan, Lahad Datu.
Perkara: Taklimat Seminar Integriti Warga Pendidik 2009 KPM.
Tindakan: Semua Guru Besar/Pengetua Daerah Lahad Datu.
19 Jun 2009 (Jumaat)
- Masa: 8.00 pagi.
Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Lahad Datu.
Perkara: Bengkel Pengumpulan Maklumat Pelaksanaan Latihan Guru Secara "School-Based" Jun 2009.
Tindakan: Cikgu Mariani Ismail - Masa: 9.00 pagi.
Tempat: UPK Lahad Datu.
Perkara: Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan "Choral Speaking" Peringkat Tenggara & "Public Speaking" Peringkat Negeri 2009.
Tindakan: Guru Besar.
20 Jun 2009 (Sabtu)
- Masa: 7.30 pagi.
Tempat: Dewan SJK (C) Siew Ching Lahad Datu.
Perkara: Seminar Integriti Warga Pendidikan 2009 KPM.
Tindakan: Guru Besar, PK. Pentadbiran, PK. HEM, PK. Kokum, Penyelia Petang & Kaunselor (Nota: Sila hadir ke seminar berkenaan)
21 Jun 2009 (Ahad)
- Masa: 10.00 pagi.
Tempat: Kelab Teluk Darvel, Lahad Datu.
Perkara: Mesyuarat Pemimpin Pengakap.
Tindakan: En. Arsani Alam & En. Wasli Kassim.
23 Jun 2009 (Selasa)
- Masa: 8.00 pagi.
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD, Lahad Datu.
Perkara: Mesyuarat AJK Induk/AJK.Kerja Hari Guru Peringkat Daerah Lahad Datu 2009.
Tindakan: GB.
24 Jun 2009 (Rabu)
- Masa: 8.30 pagi.
Tempat: UPK Lahad Datu.
Perkara: Bengkel Kutipan Data Kehadiran SBT - Julai 2009.
Tindakan: Cikgu Emran Sumanggil @Anggir. - Masa: 8.30 pagi.
Tempat: Bilik Gerakan Pejabat Pelajaran Daerah, Lahad Datu.
Perkara: Mesyuarat Pasukan Gerak SAGA Daerah (Matematik) Bersama Ketua-Ketua Panitia Matematik Sekolah Daerah 2/2009.
Tindakan: Cikgu Juliah Gitom. - Masa: 9.00 pagi.
Tempat: SK. Pekan, Lahad Datu.
Perkara: Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
Tindakan: Ustazah Fadilah Zainal Abidin.
26 Jun 2009 (Jumaat)
- Masa: 8.00 pagi.
Tempat: Pusat Kegiatan, Lahad Datu.
Perkara: Taklimat Pelaksanaan Excel 2 UPSR 2009.
Tindakan: Cikgu Jainie Selamat (Penolong Kanan 1). - Masa: 8.00 pagi.
Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Lahad Datu.
Perkara: Bengkel Pengumpulan Data Nilam Daerah Bagi Bulan Januari - Mei 2009. Bengkel Lanjutan Pengautomasian Pusat Sumber Sekolah.
Tindakan: Cikgu Sarina Jambrin. - Masa: 7.00 malam.
Tempat: Tapak Perhimpunan SK. Kennedy Bay.
Perkara: Majlis Perpisahan untuk Ustaz Mohd. Affandi Jamaluddin, Cikgu Habib Musa Habib Ali dan Cikgu Samsul Hussin.
Tindakan: Semua Staf SK. Kennedy Bay.
27 Jun 2009 (Sabtu)
- Hari Persekolahan (Hari Ganti untuk cuti Hari Raya pada 25.9.2009)
- Majlis menandatangani Buku Rekod Profil Murid.
29 Jun 2009 (Isnin)
- Masa:
Tempat: SMK. Agaseh, Lahad Datu.
Perkara: Pertandingan "Choral Speaking" Peringkat Zon Tenggara.
16 Jun 2009
Penjawat Awam Dilarang Guna Modem Untuk Capaian Terus Internet
KUALA LUMPUR:, 16 Jun (Bernama) -- Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke Internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Garis panduan itu yang dikeluarkan pada 2003, adalah sebagai panduan kepada penjawat awam dalam penggunaan Internet, kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Aktiviti lain yang melanggar tatacara pengguna Internet di pejabat kerajaan termasuk menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain, katanya. Penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara dalam talian seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan “chatting” melalui internet, menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik. Najib berkata, kerajaan juga sudah menyekat beberapa laman web dan blog yang berunsur lucah serta berunsur hasutan manakala beberapa laman web dan blog yang sedang dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi masih belum dikenakan tindakan larangan melayari. Beliau berkata, sehingga kini sembilan orang sudah dikenakan tindakan iaitu lapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan satu oleh PDRM. Dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Najib berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memantau pematuhan garis panduan kepada pengeluar kad kredit. "Sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, BNM berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat kad kredit terbabit di bawah kuasa yang termaktub di dalam Akta Sistem Pembayaran 2003 selepas kajian menyeluruh dilakukan ke atas ketidakpatuhan tersebut dan jenis tindakan yang diambil bergantung kepada tahap ketidakpatuhan," katanya. - Bernama
Sumber: Berita Harian, 16 Jun 2009.
15 Jun 2009
KPLI 18 bulan
Oleh Azrul Affandi Sobrymailto:Sobryazr@bharian.com.my
Tempoh kursus setahun kurang berkesan lahir guru berkualiti KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama enam bulan kepada setahun enam bulan, bermula pengambilan Januari 2010. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak selain mengakui tempoh yang diamalkan selama ini kurang berkesan bagi melahirkan guru berkualiti. Beliau berkata, setakat ini pihaknya pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu sebelum membentangkannya bagi tindakan kementerian.
"Paling awal pelaksanaan lanjutan tempoh pengajian itu adalah bagi pengambilan Januari 2010. Memang jika boleh nak dilaksanakan segera, tetapi untuk tahun ini amat mustahil kerana pengambilan akan datang adalah pada Julai tahun ini. "Namun, berdasarkan penelitian serta mengambil kira pandangan semua pihak, BPG positif lanjutan tempoh itu perlu dilaksanakan dan mempunyai rasional kukuh. Cuma ada beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Berita Minggu. Mengenai desakan beberapa pihak supaya tempoh pengajian itu dipanjangkan kepada dua tahun, Misrah berkata, ia tidak relevan kerana terlalu mengambil masa bakal guru.
Katanya, jika tempoh KPLI terlalu lama, mungkin graduan tidak berminat dengan kerjaya perguruan kerana jangka masa sama sebenarnya mencukupi untuk mereka menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, ketika mengulas dakwaan bahawa bidang perguruan menjadi tempat longgokan graduan menganggur, berkata sistem tapisan bakal guru bagi mengikuti KPLI cukup ketat. Katanya, semua pemohon KPLI perlu lulus dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.75 ke atas pada peringkat sarjana muda sebelum dipanggil mengikuti ujian khas pemilihan guru. "CGPA itu bukan kecil. Ini bermakna pemohon untuk KPLI terdiri di kalangan antara yang terbaik di universiti. Apabila menduduki ujian pula, banyak perkara boleh dinilai bagi melihat kesungguhan pemohon untuk menjadi guru.
"Jika melepasi ujian, ada pula peringkat ketiga iaitu temu duga yang membolehkan penemuduga menilai secara terperinci sahsiah dan karakter pemohon," katanya. Katanya, dakwaan itu mungkin berlaku satu ketika dulu kerana tapisan mengikuti KPLI tidak sebegitu ketat, namun dengan 80,000 permohonan tahun ini dan hanya 5,132 pengambilan, persaingan itu pasti sengit dan calon terpilih pastinya antara terbaik. Pada masa sama, katanya, kementerian kini memperbanyakkan pengambilan guru untuk Program Sarjana Muda Perguruan yang bakal mengisi sehingga 6,200 tempat.
Sumber: Berita Harian, 15 Jun 2009.
13 Jun 2009
Panorama SK. Kennedy Bay, Lahad Datu.
SK. Kennedy Bay terletak lebih kurang 20 km dari bandar Lahad Datu, jalan arah ke Tawau. Simpang masuk ke sekolah ini dari jalan raya utama, betul-betul bertentangan dengan simpang masuk ke Lembah Danum, salah satu hutan tertua di dunia dan terkenal di Malaysia. Jarak dari jalan raya utama ke sekolah ini lebih kurang 2 km, jalan yang tidak bertar, kerana menjadi laluan utama aktiviti lori mengangkut kayu balak.
Sekolah ini dibina dilereng bukit dengan berlatar belakangkan kehijauan hutan semula jadi membuatkan hati menjadi senang menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah ini.
10 Jun 2009
Maklumat Pertukaran Guru Jun 2009
1. Zahariah Embong ditukar ke Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
2. Mohd. Affandi Jamaluddin ditukar ke SK. Lahad Datu II, Lahad Datu.
3. Habib Musa Habib Ali ditukar ke SK. Sepagaya, Lahad Datu.
4. Samsul Hussin ditukar ke SK. Lok Buani, Lahad Datu.
5. Emran Sumanggil @ Anggir, tidak diluluskan pertukaran.
6. Ahmad Sanip, belum ada keputusan rasmi.
7. Minie Gimoh, permohonan pertukaran tidak jelas.
08 Jun 2009
Majlis Perpisahan Ustazah Zahariah
Bergambar ramai diakhir majlis.
Baris Belakang dari kiri: Wasli, Mohd. Salleh, Jaihirun, Armah, Norhuda Sari (isteri En. Mohd. Salleh), Noraini, Fadilah, Juliah, Norhafizah, Dg. Widury & Betty.
Baris Tengah dari kiri: Mohd. Azhar, Arsani, Fatmee, Zahariah, Jainie, Saripah, Hamidah & anak puan Betty.
Duduk, Baris Depan dari kiri: Alam (ayah guru besar), anak En. Wasli, Samsul & Amros.