11 Mei 2010

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SKKB 2010

Lawatan spontan YB. Hj. Datu Nasrun Datu Mansur ke Tapak Perkhemahan SK. Kennedy Bay.
YB. Hj. Datu Nasrun melawat tapak perkhemahan
YB. Hj. Datu Nasrun meluangkan masa bersama peserta perkhemahan di dewan perhimpunan perasmian penutupan.


Pada 8 dan 9 Mei 2010, Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SK. Kennedy Bay telah berlangsung di Pekarangan Halaman Sekolah.

Perkhemahan kali ini saya anggap amat berjaya kerana ianya mencatatkan 2 kejutan dan guru-guru berjaya membawa perkhemahan ini hingga ke akhir penutupan:

  • Pertama, saya terpaksa tinggalkan kawasan perkhemahan pada subuh 9 Mei kerana terpaksa mengiringi isteri ke Hospital Tawau untuk rawatan pembedahan kecil (9 - 11 Mei);
  • Kedua, semasa acara perasmian penutupan sedang berjalan pada 9 Mei jam 9.00 pagi, YB. Hj. Datu Nasrun Bin Hj. Datu Mansur, ADUN N50 Lahad Datu, telah melawat perkhemahan ini secara spontan - kebetulan pada ketika itu beliau ada lawatan kerja di Kg. Teluk Soaiun/Silam Camp - menjadikan suasana perkhemahan kali ini, saya anggap semakin meriah, walaupun barangkali terdapat sedikit kelamkabut, kerana kehadiran YB tidak dijangka.

Syabas dan tahniah kepada semua AJK. Kerja yang berjaya mengendalikan perkhemahan ini. Dan terima kasih banyak kepada YB. Hj. Datu Nasrun kerana sudi melawat sekolah dan perkhemahan kami.

Persembahan Malam Kebudayaan, 8 Mei

Persembahan Malam Kebudayaan, 8 Mei.

Kawasan Perkhemahan.
Pemandangan Tapak Perkhemahan
Persembahan Malam Kebudayaan, 8 Mei
Persembahan Malam Kebudayaan, 8 Mei.
Persembahan Malam Kebudayaan, 8 Mei.
Semua Peserta Perkhemahan bersama Staf SKKB