04 Mei 2010

Karnival Pendidikan Sains, Teknologi dan Kecekapan Tenaga Daerah Lahad Datu 2010

Karnival Pendidikan Sains, Teknologi Dan Kecekapan Tenaga Daerah Lahad Datu telah diadakan di SK. Pekan dan SJK. ( C ) Chee Vun pada 28 April hingga 2 Mei 2010. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Dr. Hj. Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Turut hadir dalam majlis perasmian penutupan ialah YB. Tuan Hj. Salleh Kalbi, Ahli Parlimen P188-Silam; Encik Mohd. Zaini Yanin, Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu; Encik Juraimin Hj. Jadil, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu; Prof. Haslan Abu Hassan, Pengarah CETREE Malaysia; Puan Zuriah Zulkifli, Timbalan Pengarah Unit Sains dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri Sabah; Pengetua/Guru Besar, guru-guru dan murid-murid sekolah sekitar daerah Lahad Datu.
Sepanjang tempoh 4 hari karnival berlangsung, dianggarkan lebih kurang 10 ribu pengunjung telah datang melawat tapak karnival berkenaan, sesuatu yang diluar jangkaan - menurut Prof. Haslan Abu Hassan. Dua Pengarah sedang berbincang, Dr. Hj. Muhiddin dan Prof. Haslan

Sebahagian daripada pemenang menerima hadiah bergambar bersama Dr. Hj. Muhiddin dan En. Mohd. Zaini

Pemandangan Tapak Karnival
Ucapan Perasmian Penutupan oleh Tuan Dr. Hj. Muhiddin Hj. Yusin,
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.
Pelbagai peralatan tenaga solar
Teropong matahari
Murid-murid ini tidak melepaskan peluang bergambar dekat pakaian angkasawan yang dipamerkan
Dr. Muhiddin di tapak pameran. Kelihatan bersama ialah YB. Tuan Hj. Salleh Kalbi dan En. Mohd. Zaini Yanin.