Kg. Teluk Soaiun @Kem Silam, tempat letaknya SK. Kennedy Bay, sudah lebih kurang sebulan ini ruang udaranya telah dicemari oleh aktiviti pembakaran terbuka oleh individu-individu tertentu yang beroperasi mencari besi buruk.
Lokasinya ialah tempat longgokan habuk kayu dan bekas tapak pembuangan sampah suatu ketika dulu ketika Kem Silam masih beroperasi secara aktif; letaknya lebih kurang 600 - 700 meter dari SK. Kennedy Bay.
Para pencari besi buruk membakar habuk kayu tersebut untuk mengeluarkan besi-besi buruk yang tertanam dalam longgokan habuk kayu berkenaan.
Pasukan Bomba telah beberapa kali datang memadam kebakaran itu; tetapi apabila mereka balik ke markas, para pencari besi buruk tersebut melakukan semula aktiviti mereka.
Keadaan asap/jerebu dengan bau yang kurang menyenangkan ini menyebabkan semua warga SK. Kennedy Bay tidak selesa berada di sekolah.
Dari segi kesihatan...tuan/puan fikirlah sendiri...