29 Mac 2009

Kem Bestari Solat Fasa 1 & 2 Sesi 2009


Pada 28 Mac 2009, seramai 110 orang murid Tahap 1 telah didedahkan dengan Program Kem Bestari Solat, bertempat di SK. Kennedy Bay.
Seramai 12 orang fasilatator terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk 5 orang fasilatator jemputan.
Semua staf SK. Kennedy Bay, termasuk yang bukan Islam, telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi melaksanakan program ini.
Dalam ucapan penangguhannya (penutupan), guru besar telah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Pelaksana dan fasilatator yang terlibat.
Senarai Fasilatator: 1. Azrinah Marupa, Sekolah Agama Negeri, Kg. Tabanak, Lahad Datu. 2. Fatimah Abd. Mutalib, SMK. Sepagaya, Lahad Datu. 3. Niswah Abd. Aziz, SMK. Sepagaya, Lahad Datu. 4. Anariza Husin, SK. Bangingod, Lahad Datu. 5. Norwani Zainudin, SK. Terusan, Lahad Datu. 6. Zahariah Embong, SK. Kennedy Bay, Lahad Datu. 7. Fadilah Zainal Abidin, SK. Kennedy Bay, Lahad Datu. 8. Mohd. Affandi Jamaluddin, SK. Kennedy Bay, Lahad Datu. 9. Haslinda Kamaruddin, SK. Kennedy Bay, Lahad Datu. 10. Habib Musa Habib Ali, SK. Kennedy Bay, Lahad Datu. 11. Sarina Jambrin, SK. Kennedy Bay, Lahad Datu. 12. Siti Noorulhuda Sapiai, SK. Kennedy Bay, Lahad Datu.

27 Mac 2009

Pertukaran Guru Dalam Negeri (Antara Daerah) Tahun 2009

1. Semua borang pertukaran hendaklah menggunakan borang BSPG (Pindaan 1/2009) 2. Tarikh tutup permohonan:
  • Bagi pertukaran 1 Jun 2009: Pada/sebelum 20 April 2009
  • Bagi pertukaran 1 Januari 2010: Pada/sebelum 30 September 2009
  • 3. Untuk keterangan lanjut dan mendapatkan borang, sila berhubung dengan Pembantu Tadbir Sekolah (U.P: Puan Alleen Lazarus). 4. Untuk permohonan pertukaran antara negeri, hendaklah dipohon secara online. Sila layari laman web www.moe.gov.my.

    26 Mac 2009

    NOTIS PEMBATALAN SEBUTHARGA

    1. Notis ini adalah merujuk kepada pelawaan sebutharga yang telah dipelawa pada 16 Mac 2009 dan dijadualkan tutup pada 30 Mac 2009, iaitu:
  • Perkhidmatan Penyelenggaran Keselamatan Bagi Sekolah-sekolah Rendah/Asrama Negeri Sabah
  • Perkhidmatan Penyelenggaraan Pembersihan Bangunan Dan Kawasan Bagi Sekolah-sekolah Rendah/Asrama Negeri Sabah. 2. Pembatalan Sebutharga ini adalah berkuatkuasa Serta Merta ( t.t. ) Pengarah Pelajaran Negeri Sabah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah 24 Mac 2009. NOTA: Notis ini kami terima melalui faksimili pada 26 Mac 2009 jam 2.30 petang. Yang Benar, (Arsani Alam) Guru Besar
  • 25 Mac 2009

    "Public Speaking Competition" Peringkat Daerah Lahad Datu 2009

    Tarikh Pertandingan: 7 Mei 2009 (Khamis) Masa: 7.30 pagi. Tempat: SJK. ( C ) Yuk Choi, Lahad Datu. Tarikh Tutup Penyertaan: 16 April 2009. Untuk keterangan Lanjut sila hubungi: Pengelola: SK. Kennedy Bay, Tel: 089-898094. Pegawai Teknikal: 019-8999136 (Sekolah Menengah), 019-8820125 (Sekolah Rendah)

    Lencana Sekolah

    Petunjuk: Lambang Geometri: Melambangkan cita-cita sekolah ingin melahirkan generasi yang maju dan berteknologi yang tinggi. Lambang Buku:Melambangkan sekolah berusaha menjadikan masyarakat yang berpendidikan, berbudaya sains dalam meningkatkan ilmu pengetahuan. Lambang Obor:Semangat mendidik ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan hidup. Warna Hijau:Mengutamakan kebersihan, keindahan, mutu kesihatan dan kesejahteraan masyarakat sekolah. Warna Merah:Keberanian menghadapi cabaran hidup. Warna Kuning:Dididik supaya taat setia kepada Pemimpin, Raja dan Negara. Warna Biru:Keharmonian dan perpaduan masyarakat sekolah. Cogan Kata Sekolah: "ILMU SULUH HIDUP" Definasi: ILMU = Pengetahuan, kepandaian (dalam perkara dunia, akhirat, batin dan lain-lain) SULUH = Menerangi atau memberi petunjuk. HIDUP = Bernafas dan bernyawa.

    24 Mac 2009

    Program RIMUP Kelompok 4

    Tajuk: Program RIMUP Kelompok 4(SK. Kennedy Bay + SK. Kg. Silam): Motivasi Bersama Pelajar Tahun 6. Tarikh: 18 April 2009 (Sabtu) Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Tempat: SK. Kennedy Bay, Lahad Datu. Pengisian Program:
  • Ceramah Motivasi kepada semua murid Tahun 6 oleh penceramah jemputan (2 jam).
  • Program pengisian ilmu (1 jam oleh SK. Kennedy Bay + 1 jam SK. Kg. Silam
  • ) Program ini akan melibatkan seramai 116 orang murid Tahun 6 dari kedua-dua buah sekolah. Majlis dijangka akan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Lahad Datu. Tetamu undangan di majlis perasmian ialah Yang Di-Pertua PIBG dari kedua-dua buah sekolah.

    Nostalgia Guru Lama

    Pada 24 Mac 2009 (9.00 pagi), seorang bekas tenaga pengajar di sekolah ini era 60-an (dalam gambar No. 2 dari kiri)telah datang berkunjung ke sekolah ini. Menurut beliau, dia pernah bertugas di sini pada tahun 1967 hingga tahun 1980. Beliau ialah Mrs. Ramona T. San Luis, yang kini bertugas sebagai pensyarah di Holy Trinity College, Puerto Princesa City, Palawan, Philipine. Menurut beliau, dia baru saja tiba dari Filipina pada 19 Mac lalu dan sengaja untuk berkunjung ke sekolah ini untuk mengimbau nostalgia lama beliau di sini. Beliau akan balik ke Filipina pada 26 Mac 2009. Beliau sangat gembira kerana dapat menjenguk semula sekolah yang beliau pernah bertugas semasa zaman mudanya, dan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana layanan dan sambutan mesra pihak pengurusan sekolah kini. "Mrs. Ramona T. San Luis, semoga puan terus sukses".

    23 Mac 2009

    Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Zon Tenggara

    Seramai 31 orang ahli Persekutuan Pengakap (perempuan) SK. Kennedy Bay dengan diiringi oleh 4 orang guru/pemimpin akan bertolak ke Tawau pada 24 Mac 2009 untuk mewakili daerah Lahad Datu ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Zon Tenggara yang akan berlangsung pada 25 - 26 Mac 2009 di Tawau. Pasukan ini adalah juga merupakan Johan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Lahad Datu 2009 bahagian sekolah rendah kategori perempuan badan bukan kerajaan. Guru/Pemimpin Pengiring: 1. Encik Emran Sumanggil 2. Encik Mohd. Fadli Tajuddin 3. Cik Fadhilah Zainal Abidin 4. Cik Sitti Noorulhuda Sapiai.

    22 Mac 2009

    Sejarah Ringkas Sekolah SK. Kennedy Bay

    Sekolah ini dibina pada tahun 1962 dan mula dibuka pada tahun 1963 dengan nama "Jean Emmet English School". Ia dibina oleh Syarikat Pacific Hardwood Sdn. Bhd. Pada peringkat awal ianya merupakan sekolah swasta dan dibina di Ladang Bakapit Lahad Datu di mana syarikat yang berkenaan adalah bertanggungjawab membiayai segala keperluan sekolah ini. Pada ketika ini, tapak sekolah ini dimiliki oleh Yayasan Sabah dengan keluasan 2.6 ekar. Sekolah ini telah mengalami beberapa kali perubahan nama seperti berikut: 1. Jean Emmet English School. 2. Sekolah Rendah Kebangsaan Ladang Kennedy Bay. 3. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaaan Kennedy Bay. 4. Sekolah Rendah Kebangsaan Kennedy Bay (1985). 5. Sekolah Kebangsaan Kennedy Bay (sekarang). Senarai Nama Guru Besar Pernah Bertugas Di Sekolah Ini: 1. Mrs. Lourdes Hacut, 1963 - 1975. 2. Encik Alan Atit, 1976 - 1978. 3. Encik Joseph Chelaya, 1979 - 1973. 4. Encik Harun Abdul Rahim, 1994 - 1995. 5. Puan Ng Min Jing @Maliah, 1995 - 1998 (Memangku). 6. Puan Ng Min Jing @Maliah, 1998 - 2002. 7. Encik Abdul Samad Matusin (sekarang Haji), 2002 - 2004. 8. Encik Arsani Alam, Mei 2004 - (sekarang)

    Pelaksanaan Latihan EduWebTV

    Tarikh: 25 - 26 Mac 2009. Masa: 8.00 pagi. Tempat: SK. Lahad Datu III, Lahad Datu. Tindakan: Puan Sarina Jambrin.

    Misteri Tapak Kaki 1.5 Juta Tahun

    Misteri tapak kaki 1.5 juta tahun Oleh Nurul Adlina Kamaludin adlina@bharian.com.my Penyelidik, Prof Mathew Bennet menunjukkan kesan tapak kaki di Ileret, Kenya. Kesan ditemui di utara Kenya dipercayai kedua tertua di dunia KAWASAN pesisiran Tasik Turkana, Ileret di utara Kenya menjadi tumpuan ramai baru-baru ini berikutan penemuan bersejarah tapak kaki manusia awal dipercayai berusia 1.5 juta tahun yang menyingkap misteri antara fasa terawal evolusi manusia. Tapak kaki dipercayai milik seorang manusia yang mempunyai ketinggian kira-kira enam kaki itu adalah yang kedua tertua di dunia selepas penemuan sepasang tapak kaki di Tanzania tidak lama dulu yang dikatakan berusia jauh lebih lama iaitu 3.7 juta tahun yang ditemui pada 1978. Namun demikian, penemuan tapak kaki di Kenya itu menjadi bukti tertua membuktikan manusia prasejarah sebenarnya berjalan menegak atau berdiri. Biarpun penemuan dua tapak kaki berlainan era ini pada tempoh berbeza, ia mempunyai persamaan iaitu membabitkan kesan yang ditemui pada kedalaman lima meter dalam tanah. Paling penting, ia menjadi bukti penting yang manusia pada ketika itu sememangnya berjalan menegak dan bukannya membongkok. Ini sekali gus dapat menyanggah Teori Evolusi Charles Darwin yang mendakwa manusia berasal daripada monyet - teori yang biarpun berusia lebih 100 tahun, tetapi masih hangat diperdebatkan kalangan saintis moden sehingga ke hari ini. Penemuan bersejarah tapak kaki di utara Kenya itu adalah hasil gigih sekumpulan ahli arkeologi antarabangsa daripada Muzium Negara Kenya, Universiti Bournemouth (Britain), Universiti George Washington (Amerika Syarikat), Universiti Rutgers dan Universiti Cape Town di Afrika Selatan. Kejayaan kumpulan arkeologi itu juga hanya menambahkan lagi bukti kewujudan era prasejarah di bumi Afrika. Kalangan penyelidik itu menyifatkan penemuan tapak kaki itu membuktikan manusia zaman itu melalui proses evolusi dan menyamai fungsi seperti manusia hari ini. “Bagi kami, penemuan seperti ini sememangnya amat jarang berlaku dan ia sememangnya amat bernilai bukan saja dari segi arkeologi tetapi juga mendedahkan peradaban awal manusia," kata salah seorang penyelidik, Prof Brian Richmond, ketua saintis dari Universiti George Washington yang menyertai ekspedisi berkenaan. Tapak kaki itu ditemui di kawasan lapisan mendapan tanah liat di Ileret. Malah tanah liat itu dikatakan menjadi antara sebab tapak kaki itu masih mampu terpelihara dengan elok biarpun sudah berusia lebih sejuta tahun lamanya. Ia ditemui dan disahkan kumpulan penyelidik itu yang menggunakan kaedah tiga dimensi bagi menganalisis tapak kaki lama serta membandingkannya dengan tapak kaki manusia hari ini. Permukaan tanah yang dipijak pemilik tapak kaki misteri itu disahkan berusia antara 1.51 hingga 1.53 juta tahun. Berpandukan data ini, kumpulan saintis itu membentuk model cetakan digital tiga dimensi (3D) yang menepati kiraan pecahan bagi setiap milimeter. Kumpulan saintis itu akhirnya membuat rumusan yang tapak itu berkemungkinan besar milik Homo erectus - satu spesies manusia yang diketahui hidup di utara Kenya pada era prasejarah berkenaan. Homo erectus atau Homo ergaster ini sememangnya dikenali sebagai manusia pertama yang mempunyai ciri berkaki panjang dan bertangan pendek, sama seperti Homo sapiens atau manusia moden. Bukti paling ketara kaitan rapatnya tapak kaki milik manusia prasejarah itu dengan manusia moden adalah ibu jari kaki beserta jari kaki lainnya selain mempunyai buku lali serta tulang kaki. Berikutan itu, mereka percaya tapak kaki awal yang ditemui di Tanzania itu dimiliki spesies manusia dikenali Australopithecus afarensis, spesies awal manusia yang diketuai mendiami kawasan timur Afrika kira-kira tiga hingga lima juta tahun dulu. Hasil analisis saintifik saintis yang menggunakan teknologi imejan 3D dan butiran saintifik lain, membuktikan perbezaan tapak kaki di Kenya dengan yang ditemui di Tanzania. Apa yang pasti, penemuan terbaru di Kenya itu membuktikan manusia awal sememangnya tidak jauh bezanya dengan manusia hari ini dan ia pasti menjadi antara bukti penting bagi menyanggah teori Darwin yang mengaitkan manusia dengan binatang. Ia juga membuktikan, kemajuan teknologi hari ini bukan setakat mampu mengesan lokasi fosil penting manusia lama, tetapi dapat memberi butiran seperti usia serta peradaban ketika itu. Paling penting, ia mendedahkan satu lagi bukti bagi menyingkap satu demi satu misteri peradaban manusia terawal dunia. INFO: Sejarah penemuan tapak kaki 2009 - Tapak kaki manusia 1.5 juta tahun di Kenya 2008 - Tapak kaki haiwan 570 juta tahun dipercayai tertua di dunia, di Nevada, Amerika Syarikat. 2007 - Tapak kaki manusia 2 juta tahun di gurun di barat Mesir 1978 - Tapak kaki 3.7 juta tahun ditemui di Tanzania Sumber: Berita Minggu, 21 Mac 2009.

    Mesyuarat Jawatankuasa Pembukaan Sebut Harga

    Tarikh: 30 Mac 2009 (Isnin) Masa: 1.00 petang. Tempat: Bilik Guru, SK. Kennedy Bay. Tindakan:
  • En. Ahmad Sanip
  • En. Mohd. Fadli Tajuddin
  • PK. Kokum
  • Kejohanan Hoki MSS Lahad Datu

    Tarikh: 27 - 29 Mac 2009. Tempat: Padang Bandar Wilayah, Felda Sahabat, Lahad Datu.

    Mesyuarat Penyelarasan Projek ICT

    Tarikh: 26 Mac 2009 (Khamis) Masa: 9.00 pagi. Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Lahad Datu. Tindakan: En. Emran Sumanggil

    Mesyuarat "Public Speaking" Daerah Lahad Datu

    Tarikh: 25 Mac 2009 (Rabu) Tempat: UPPK (Pejabat Pelajaran Daerah, Lahad Datu - Dekat Hospital) Masa: 9.00 pagi. Tindakan:
  • Semua Guru Besar Daerah Lahad Datu
  • Pengerusi Teknikal "Public Speaking" Daerah Lahad Datu
  • Mesyuarat RIMUP

    Tarikh: 24 Mac 2009 (Selasa) Masa: 10 pagi. Tempat: Pusat Sumber Sekolah, SK. Kennedy Bay. Tindakan:
  • Guru Besar SK. Kg. Silam
  • Guru Besar SK. Kennedy Bay
  • PK. HEM kedua-dua sekolah berkenaan
  • Bengkel Pengumpulan Maklumat Pelaksanaan Latihan Guru Secara "School-Based"

    Tarikh: 24 Mac 2009 (Selasa) Masa: 8.00 pagi. Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Lahad Datu. Tindakan: Puan Mariani Ismail

    16 Mac 2009

    PEMBERITAHUAN

    PERMOHONAN PERTUKARAN ANTARA NEGERI SESI JUN 2009
    Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pertukaran guru antara negeri secara on-line akan dibuka mulai 1 April hingga 30 April 2009.
    Sila layari laman web http://apps.emoe.gov.my/epgo/.

    15 Mac 2009

    Majlis Sambutan Maulidur Rasul SK. Kennedy Bay


    Pada 13 Mac 2009 (Jumaat), SK. Kennedy Bay telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 1430 Hijrah.
    Beberapa aktiviti telah diatur sempena majlis tersebut seperti ceramah agama yang mengisahkan tentang sejarah Rasullullah s.a.w. disampaikan oleh penceramah jemputan. Soalan kuiz dan persembahan nasyid juga diadakan.
    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Di-pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)SK. Kennedy Bay, Encik Ahmad Arapani dan isteri.

    08 Mac 2009

    Majlis Penutupan Pertandingan Kawad Kaki KRS, TKRS, NGO & GO SR/SM 2009 Peringkat Daerah Lahad Datu

    Sebanyak 31 pasukan melibatkan 1056 orang pelajar terdiri 29 pasukan dari sekolah menengah dan 3 pasukan dari sekolah rendah seluruh Daerah Lahad Datu, telah mengambil bahagian dalam pertandingan kawad kaki ini. Pertandingan selama 2 hari yang bermula pada 7 Mac itu telah disempurnakan Majlis Perasmian Penutupannya oleh Encik Juraimin Hj. Jadil, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu, yang mewakili YB. Datuk Hj Datu Nasrun Bin Hj. Datu Mansur, ADUN N50 Lahad Datu.
    KEPUTUSAN PERTANDINGAN:

    SEKOLAH RENDAH (LELAKI):
    Johan: SK. Bakapit, Lahad Datu.
    SEKOLAH RENDAH (PEREMPUAN):
    Johan: SK. Kennedy Bay, Lahad Datu.
    Naib Johan: SK. Lahad Datu II, Lahad Datu.
    SEKOLAH MENENGAH (LELAKI):
    Johan: Kadet Remaja, SMK. Agaseh, Lahad Datu.
    Naib Johan: Kadet Remaja, SMK. Sepagaya, Lahad Datu.
    Tempat Ke-3:Kadet Remaja, SMK. Silabukan, Lahad Datu.
    SEKOLAH MENENGAH (PEREMPUAN):
    Johan: Kadet Remaja, SMK. Tungku, Lahad Datu.
    Naib Johan: Kadet Remaja, SMK. Segama, Lahad Datu.
    Tempat Ke-3: Kadet Remaja, SMK. Agaseh, Lahad Datu.
    BADAN BUKAN KERAJAAN (LELAKI):
    Johan: Pasukan Pengakap, SMK. Segama, Lahad Datu.
    Naib JOhan: Pasukan Pengakap, SMK. Desa Kencana, Lahad Datu.
    Tempat Ke-3: Pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah, SMK. Agaseh, Lahad Datu.
    BADAN BUKAN KERAJAAN (PEREMPUAN):
    Johan: Pasukan St. John Ambulan, SMK. Sepagaya, Lahad Datu.
    Naib Johan: Pasukan Pandu Puteri, SMK. Desa Kencana, Lahad Datu.
    Tempat Ke-3: Pasukan Pergerakan Puteri Islam, SM. Sains, Lahad Datu.
    BADAN KERAJAAN (LELAKI):
    Johan: Pasukan Kadet Polis, SMK. Tungku, Lahad Datu.
    Naib Johan: Pasukan Kadet Polis, SMK. Agaseh, Lahad Datu.
    Tempat Ke-3: Pasukan Kadet Polis, SMK. Desa Kencana, Lahad Datu.
    BADAN KERAJAAN (PEREMPUAN):
    Johan: Pasukan Kadet Polis, SMK. Tungku, Lahad Datu.
    Naib Johan: Pasukan Kadet Polis, SMK. Silabukan, Lahad Datu.
    Tempat Ke-3: Pasukan Kadet Polis, SMK. Agaseh, Lahad Datu.
    KETUA PLATUN TERBAIK SEKOLAH RENDAH:
    Adik Norfatihah Muhammad, SK. Kennedy Bay, Lahad Datu.
    KETUA PLATUN TERBAIK SEKOLAH MENENGAH:
    Lelaki: Adik Datu Rosman, SMK. Tungku, Lahad Datu.
    Perempuan: Adik Ramziah Shafiqah binti Mansur(St. John Ambulan) SMK. Sepagaya, Lahad Datu.
    JOHAN KESELURUHAN:
    Sekolah Rendah: SK. Kennedy Bay, Lahad Datu.
    Sekolah Menengah: St. John Ambulan, SMK. Sepagaya, Lahad Datu.

    06 Mac 2009

    Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Bandar 2009


    Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Bandar sekolah-sekolah Daerah Lahad Datu telah diadakan pada 2 Mac 2009 bertempat di SMK. Sepagaya, Lahad Datu.

    01 Mac 2009

    Kejohanan Olahraga MSS Daerah Lahad Datu Kali Pertama

    Selepas penstrukturan baru antara zon, daerah, bahagian dan negeri yang berkuatkuasa awal tahun 2009 ini, Zon Silabukan mengambil tempat menjadi pengelola pertama Kejohanan Olahraga MSS Daerah Lahad Datu. Daerah Lahad Datu telah dibahagikan kepada 4 zon, iaitu Zon Bandar, Zon Silabukan, Zon Segama dan Zon Tungku. Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari itu telah diadakan di Padang SMK. Agaseh, Lahad Datu pada 27 Februari hingga 1 Mac 2009. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Encik Abdul Wahit bin Aliasgar, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu.
    Keputusan-keputusan kejohanan:
    Keputusan Keseluruhan:
    • Johan: Zon Tungku (37 emas, 26 perak, 21 gangsa: Jumlah = 84)
    • Naib Johan: Zon Bandar (23 emas, 21 perak, 14 gangsa: Jumlah = 58)
    • Tempat Ke-3: Zon Silabukan (13 emas, 19 perak, 25 gangsa: Jumlah = 57)
    • Tempat Ke-4: Zon Segama (9 emas, 13 perak, 17 gangsa: Jumlah = 39)

    Pertandingan Perbarisan:

    • Johan: Zon Bandar
    • Naib Johan: Zon Segama
    • Tempat Ke-3: Zon Silabukan

    Olahragawan & Olahragawati:

    Bawah 12 Tahun:

    • Lelaki: Irsyadul Rahim Jamil (Zon Tungku)
    • Perempuan: Joanna Louis Lisly (Zon Bandar)

    Bawah 15 Tahun:

    • Lelaki: Mohd. Syahril Tamrin (Zon Bandar)
    • Perempuan: Siti Khadijah Utuk (Zon Silabukan)

    Bawah 18 Tahun:

    • Lelaki: Mohammad Aizuddin Omar (Zon Tungku)
    • Perempuan: Nurul Asikin Mohd. Helmi (Zon Tungku)

    Kejohanan Olahraga MSS Daerah Lahad Datu Kali Ke-2 akan dikelolakan oleh Zon Segama pada tahun 2010.