01 Mac 2009

Kejohanan Olahraga MSS Daerah Lahad Datu Kali Pertama

Selepas penstrukturan baru antara zon, daerah, bahagian dan negeri yang berkuatkuasa awal tahun 2009 ini, Zon Silabukan mengambil tempat menjadi pengelola pertama Kejohanan Olahraga MSS Daerah Lahad Datu. Daerah Lahad Datu telah dibahagikan kepada 4 zon, iaitu Zon Bandar, Zon Silabukan, Zon Segama dan Zon Tungku. Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari itu telah diadakan di Padang SMK. Agaseh, Lahad Datu pada 27 Februari hingga 1 Mac 2009. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Encik Abdul Wahit bin Aliasgar, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu.
Keputusan-keputusan kejohanan:
Keputusan Keseluruhan:
  • Johan: Zon Tungku (37 emas, 26 perak, 21 gangsa: Jumlah = 84)
  • Naib Johan: Zon Bandar (23 emas, 21 perak, 14 gangsa: Jumlah = 58)
  • Tempat Ke-3: Zon Silabukan (13 emas, 19 perak, 25 gangsa: Jumlah = 57)
  • Tempat Ke-4: Zon Segama (9 emas, 13 perak, 17 gangsa: Jumlah = 39)

Pertandingan Perbarisan:

  • Johan: Zon Bandar
  • Naib Johan: Zon Segama
  • Tempat Ke-3: Zon Silabukan

Olahragawan & Olahragawati:

Bawah 12 Tahun:

  • Lelaki: Irsyadul Rahim Jamil (Zon Tungku)
  • Perempuan: Joanna Louis Lisly (Zon Bandar)

Bawah 15 Tahun:

  • Lelaki: Mohd. Syahril Tamrin (Zon Bandar)
  • Perempuan: Siti Khadijah Utuk (Zon Silabukan)

Bawah 18 Tahun:

  • Lelaki: Mohammad Aizuddin Omar (Zon Tungku)
  • Perempuan: Nurul Asikin Mohd. Helmi (Zon Tungku)

Kejohanan Olahraga MSS Daerah Lahad Datu Kali Ke-2 akan dikelolakan oleh Zon Segama pada tahun 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan