22 Mac 2009

Sejarah Ringkas Sekolah SK. Kennedy Bay

Sekolah ini dibina pada tahun 1962 dan mula dibuka pada tahun 1963 dengan nama "Jean Emmet English School". Ia dibina oleh Syarikat Pacific Hardwood Sdn. Bhd. Pada peringkat awal ianya merupakan sekolah swasta dan dibina di Ladang Bakapit Lahad Datu di mana syarikat yang berkenaan adalah bertanggungjawab membiayai segala keperluan sekolah ini. Pada ketika ini, tapak sekolah ini dimiliki oleh Yayasan Sabah dengan keluasan 2.6 ekar. Sekolah ini telah mengalami beberapa kali perubahan nama seperti berikut: 1. Jean Emmet English School. 2. Sekolah Rendah Kebangsaan Ladang Kennedy Bay. 3. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaaan Kennedy Bay. 4. Sekolah Rendah Kebangsaan Kennedy Bay (1985). 5. Sekolah Kebangsaan Kennedy Bay (sekarang). Senarai Nama Guru Besar Pernah Bertugas Di Sekolah Ini: 1. Mrs. Lourdes Hacut, 1963 - 1975. 2. Encik Alan Atit, 1976 - 1978. 3. Encik Joseph Chelaya, 1979 - 1973. 4. Encik Harun Abdul Rahim, 1994 - 1995. 5. Puan Ng Min Jing @Maliah, 1995 - 1998 (Memangku). 6. Puan Ng Min Jing @Maliah, 1998 - 2002. 7. Encik Abdul Samad Matusin (sekarang Haji), 2002 - 2004. 8. Encik Arsani Alam, Mei 2004 - (sekarang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan