24 Mac 2009

Nostalgia Guru Lama

Pada 24 Mac 2009 (9.00 pagi), seorang bekas tenaga pengajar di sekolah ini era 60-an (dalam gambar No. 2 dari kiri)telah datang berkunjung ke sekolah ini. Menurut beliau, dia pernah bertugas di sini pada tahun 1967 hingga tahun 1980. Beliau ialah Mrs. Ramona T. San Luis, yang kini bertugas sebagai pensyarah di Holy Trinity College, Puerto Princesa City, Palawan, Philipine. Menurut beliau, dia baru saja tiba dari Filipina pada 19 Mac lalu dan sengaja untuk berkunjung ke sekolah ini untuk mengimbau nostalgia lama beliau di sini. Beliau akan balik ke Filipina pada 26 Mac 2009. Beliau sangat gembira kerana dapat menjenguk semula sekolah yang beliau pernah bertugas semasa zaman mudanya, dan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana layanan dan sambutan mesra pihak pengurusan sekolah kini. "Mrs. Ramona T. San Luis, semoga puan terus sukses".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan