05 Ogos 2009

Salam Pertemuan

Salam Pertemuan, Salam 1 Malaysia!!!

Telah lebih 10 hari tiada bahan atau berita yang dapat di 'upload' melalui blog ini. Seperti yang tuan/puan yang mungkin telah sedia maklum, bahawa kerosakan 'talian' akibat kebakaran di daerah Sandakan adalah sebab utama yang membuatkan tiada tambahan bahan berita dalam blog ini. Bahan yang sedang tuan/puan baca inipun saya 'upload' melalui 'talian' kawan dengan pancaran yang terlalu lemah - tiada gambar yang dapat di 'upload'. Oleh itu, sebagai makluman tuan/puan, bahawa selagi talian internet milik peribadi saya tidak beroperasi sepenuhnya, maka selagi itulah tiada berita baru yang dapat saya hidangkan dalam laman blog dan juga dalam laman youtube saya. Sebenarnya dah banyak bahan yang sedang menunggu untuk di 'upload' - tunggu saja kemunculannya.