20 Ogos 2009

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-6 PBPPPM Cawangan Daerah Lahad Datu.

2008 2009 adalah gandingan angka yang 'cantik' menunjukkan tarikh Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Ke-6 Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PBPPPM)Cawangan Daerah Lahad Datu. Sebenarnya angka itu ialah 20.08.2009, iaitu tarikh Mesyuarat Agung Kali Ke-6 PBPPPM Cawangan Daerah Lahad Datu, yang telah diadakan di Hotel Royal Palm. Majlis perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Ahmad Sabari Kamari, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Swasta, Perhubungan dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Puan Junainah Lo, Encik Awang Mohdzar Abdul Samad, Setiausaha PBPPPM Cawangan Negeri Sabah, beberapa orang guru besar, pengetua dan beberapa orang jemputan khas.

Dari kiri: Datu Hj. Ibrahim, Pn. Junainah Lo, Tuan Hj. Ahmad Sabari,

En. Awang Mohdzar dan En. Zainal Abidin.

Yang DiPertua PBPPPM Cawangan Daerah Lahad Datu, Encik Zainal Abidin Laja, menyampaikan ucapan alu-aluan.

Sebahagian daripada pesara dan jemputan khas yang hadir .

Encik Awang Mohdzar, yang mewakili Yang Dipertua PBPPPM Negeri Sabah, sedang menyampaikan ucapannya.
Tuan Hj. Ahmad Sabari Kamari, yang mewakili Pengarah Pelajaran Sabah,
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung pada kali ini.
Penyampaian cenderakenangan oleh En. Zainal Abidin
kepada Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Pn. Junainah Lo,
yang mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu.
Apabila bertemu sahabat lama, kemesraan sebeginilah yang terjelma...
Sebahagian daripada para jemputan khas sedang menikmati juadah selepas selesai majlis perasmian.

Klik butang "play" untuk lihat gambar-gambar slaid