10 Ogos 2009

Program 'Instructional Leadership' Kelompok 1 Lahad Datu.

Pada 28, 29 dan 30 Julai 2009 - Program 'Instructional Leadership' Kelompok 1 Daerah Lahad Datu telah dimulakan yang melibatkan 3 buah sekolah iaitu SK. Kennedy Bay, SK. Kg. Silam dan SK. Tg. Paras. Program ini merupakan perkongsian ilmu di antara sekolah-sekolah yang terlibat dalam kelompok berkenaan, iaitu lawatan dan pemantauan timbal balas di antara sekolah yang terlibat. Hasil dapatan yang positif dari program lawatan dan pemantauan tersebut akan dikongsi bersama untuk penambahbaikan pengurusan di sekolah masing-masing.
Ketibaan bot yang membawa PPD Lahad Datu, En. Mohd. Zaini Yanin dan Penyelia Agama, Tuan Hj. Abdul Using ke SK. Tg. Paras.
Menjamu selera di kantin sekolah.
Kantin SK. Tg. Paras.
Di Pejabat Am. SK. Tg. Paras.
En. Arsani Alam, menandatangan Buku Lawatan di Pusat Sumber Sekolah SK. Tg. Paras.
En. Mohd. Zaini Hj. Yanin bersama En. Bali Saraman (Guru Besar SK. Tg. Paras) dan Tuan Hj. Abdul Hj. Using serta beberapa orang Penolong Kanan (membelakang), sedang membincangkan sesuatu.
Pusat Sumber SK. Tg. Paras, Lahad Datu.
Sijil Anugerah yang diterima oleh SK. Tg. Paras.
Berangkat balik ke Lahad Datu dari SK. Tg. Paras. (2 dari kanan: PPD Lahad Datu, En. Mohd. Zaini Hj. Yanin)
Di Pusat Sumber Sekolah SK. Kennedy Bay
Di Bilik Guru SK. Kennedy Bay
Di Bilik Penolong Kanan Pentadbiran SK. Kennedy Bay.
Di Bilik Penolong Kanan Kokum SK. Kennedy Bay
Di Pejabat Am SK. Kennedy Bay
Di Bilik PK. Kokum SK. Kennedy Bay
Candid Camera tak menjadi - Di Bilik PK. HEM SK. Kennedy Bay
Di Pusat Sumber SK. Kennedy Bay
Di Pusat Sumber SK. Kennedy Bay
Di SK. Kg. Silam: Pn. Suriati (Pemangku Guru Besar) memberi taklimat.
Di SK. Kg. Silam. "Periksa dek, jangan tak periksa".
Panorama SK. Kg. Silam
Di SK. Kg. Silam: "Dua orang GB ni macam juru audit saja lagaknya - biar betul dek oii"
Di SK. Kg. Silam: 2 PK ini pula apa yang dibincangkan?
Di SK. Kg. Silam: Inilah sebahagian dari kebaikan program ini - "tengok tu, Ninang dah mula mendapatkan salinan bahan daripada Pn. Suriati yang dirasakanya elok untuk sekolahnya".
Di SK. Kg. Silam: Cikgu Mokhtar turut memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.
Di SK. Kg. Silam: "Apa-apapun, kita sarapan dulu".
Di SK. Kg. Silam: En. Arsani Alam (Guru Besar SK. Kennedy Bay ) menerima cenderahati dari Pn. Suriati.
Tidak ketinggalan, En. Bali Saraman (GB. SK. Tg. Paras) juga menerima cenderahati yang serupa.