25 Julai 2009

Selsema Babi, H1N1 - SM. Sains Lahad Datu, Tutup.

Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Encik Zaini Hj. Mohd. Yanin, mengesahkan bahawa 2 orang pelajar SM. Sains Lahad Datu, disahkan dijangkiti selsema Babi H1N1. Sekolah tersebut telah diarah tutup sementara waktu bermula dari 23 Julai 2009 hingga 26 Julai 2009, atau ....tertakluk kepada keadaan semasa. Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Lahad Datu supaya mengambil langkah berjaga-jaga di sekolah masing-masing - menasihatkan warga sekolah masing-masing supaya menjaga kesihatan dan kebersihan persekitaran rumah dan sekolah. Beliau menyampaikan mesej tersebut semasa Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Induk Kontinjen Daerah Lahad Datu ke Pesta PSKPPS Zon Tenggara, di Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu, pada 23 Julai 2009 yang lalu. Sementara itu, satu taklimat khas kepada semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Lahad Datu, berhubung isu H1N1 telah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah pada 24 Julai 2009, jam 2.00 petang.