05 Julai 2009

Pemantauan Sekolah Oleh Pegawai Dari PPDLD

Pada 1 Julai 2009, para pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu telah melawat dan membuat pemantauan ke sekolah ini. Mereka ialah Puan Junainah Lo (Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah), Encik Abdul Wahit Ali Asgar (Ketua Unit , Unit Pembangunan Kemanusiaan), Puan Jummiah Tee (Ketua Unit Bahasa) dan Puan Marjani Abdul (Penyelia Kokum).Berbincang sesuatu ketika berada di Bilik Pusat Sumber Sekolah.
Cikgu Emran menerangkan sesuatu kepada Puan Jummiah Tee.
Puan Jummiah Tee memeriksa fail, diperhatikan oleh Puan Jainie Selamat, Penolong Kanan Pentadbiran SKKB.
Encik Abdul Wahit dan Puan Marjani (membelakang) memeriksa dokumen-dokumen kokum dengan dibantu oleh Puan Hamidah Padawan (baju putih), Penolong Kanan Ko-Kurikolum SKKB.
Puan Junainah pula memeriksa fail/dokumen HEM dengan dibantu oleh Puan Minie Gimoh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKKB.
Puan Jummiah Tee dan Puan Jainie, berbincang sesuatu mengenai pendidikan.
Agaknya Encik Abdul Wahit mengemukakan sesuatu soalan kepada Puan Hamidah, diperhatikan oleh Puan Marjani.