14 Julai 2009

Pelancaran Program Sihat Minda Peringkat Daerah Lahad Datu

Kempen Program Sihat Minda Peringkat Daerah Lahad Datu telah dilancarkan pada 12 Julai 2009 bertempat di Dewan Tun Datu Hj. Mustapha, Lahad Datu. Ianya telah dikelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Lahad Datu. Perasmian pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Datuk Hj. Datu Nasrun bin Hj. Datu Mansur, ADUN Lahad Datu, Merangkap Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Awang Zainie Hj. Suntim dan ramai lagi Penolong-penolong Pesuruhjaya Ibu Pejabat, Bahagian dan Daerah dari beberapa daerah negeri Sabah. Pada majlis tersebut turut dirasmikan kewujudan jawatan baru, Pesuruhjaya Daerah Kecil Tungku, yang menyaksikan Tuan Hj. Ahmad Syawal, telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tungku yang pertama . Di majlis itu juga berlangsung penganugerahan manikayu 2 biji kepada 11 orang pemimpin pengakap serta pentauliahan bagi penolong-penolong pesuruhjaya daerah Lahad Datu bagi tempoh 2009 - 2011.