22 April 2010

Mesyuarat JK. Pengelola Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2010

22 April 2010, SK. Pekan, Lahad Datu:
Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2010, Kali Yang Ke-4, telah dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Encik Mohd. Zaini Yanin.
Masjlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2010 dijadualkan akan berlangsung pada 3 Jun 2010 bertempat di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu.
Pelancaran Hari Guru berkenaan dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa bin Hj. Aman.
Sebahagian daripada AJK yang hadir mesyuarat.

En. Mohd. Zaini mempengerusikan mesyuarat.