26 April 2010

Aktiviti Semasa Perhimpunan Sekolah

Setiap hari Isnin boleh dikatakan semua sekolah akan mengadakan perhimpunan rasmi sekolah. Begitu juga SK. Kennedy Bay.
Selain daripada acara rutin yang biasa diadakan dalam perhimpunan, seperti ucapan guru besar, nyanyian lagu Negaraku, lagu Sabah Maju Jaya dan lagu sekolah, perhimpunan rasmi sekolah ini diselitkan dengan beberapa aktiviti sampingan sebagai dorongan atau kesiapsiagaan murid untuk menghadapi bila-bila masa mereka diminta tampil ke hadapan.
Antara aktiviti yang diselitkan dalam perhimpunan ini ialah slot bercerita (cerita pendek), membaca sifir, Lafaz Ikrar Rukun Negara dan lain-lain. Penampilan murid ke hadapan perhimpunan untuk menyampaikan persembahan mereka adalah dipanggil secara rawak.