07 November 2009

Majlis Penyerahan Kelulusan Kenaikan Pangkat DGA38

6 November 2009, Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pelajaran Sabah, Tingkat 7, Rumah Persekutuan, Kota Kinabalu:
Majlis Penyerahan Keputusan Kelulusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Cemerlang Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Pengelola Cemerlang Gred DGA38 Dan Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 Urusan Tahun 2008, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, telah diadakan.
Seramai 51 orang penerima dari seluruh negeri Sabah telah menerima kelulusan kenaikan pangkat mereka.
Majlis Perasmian dan penyerahan surat kelulusan telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dr. Muhiddin Bin Yusin, Timbalan Pelajaran Negeri Sabah.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Encik Samsul Bin Dollah (Ketua Sektor, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah) dan juga Puan Amy Lydia Binti Adnan (Penolong Pengarah, Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah).
Encik Samsul Dollah menyampaikan ucapan alu-aluan
Dr. Muhiddin Yusin, Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah.

Y.Bhg. Dr. Muhiddin Yusin sedang menyampaikan ucapan perasmian.