26 Oktober 2009

SEMINAR PENGUKUHAN DISIPLIN & SAHSIAH MURID

Bertempat di Dewan Plasma, Lembaga Sawit Malaysia (MPOB), Lahad Datu, pada 25 Oktober 2009, satu seminar bertajuk Pengukuhan Disiplin & SahsiahMurid Peringkat Daerah Lahad Datu, yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu, Jawatankuasa Permuafakatan PIBG Daerah Lahad Datu dan Majlis Permuafakatan Pendidikan Daerah Lahad Datu, telah diadakan.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Ybhg. Datuk Normah Binti Gagoh.
Seminar ini telah menghimpunkan seramai lebih kurang 750 orang peserta terdiri daripada semua Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan/Penyelia Petang, ahli-ahli PIBG dan ibu bapa sekolah-sekolah daerah Lahad Datu.
Antara pengisian seminar pada sebelah pagi ialah majlis forum bertajuk "Anak: Antara Anugerah dan Amanah", yang dipengerusikan oleh Encik Dexter Silam. Ahli penal terdiri daripada Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood (Penceramah Bebas), CR. Mohd. Makhtar Bin Hj. Nor (Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPN Sabah), Encik Abdullah bin Majid (Tokoh YDP PIBG Daerah Lahad Datu 2008) dan ASP. Bong Kuet Khiun (Unit, Jenayah, Polis di-Raja Malaysia, Daerah Lahad Datu).
Sementara itu sesi sebelah petang mengisi slot ceramah yang bertajuk "Ibu Bapa Cemerlang, Anak-anak Gemilang", disampaikan bersama oleh pasangan suami isteri Penceramah Bebas iaitu Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood.
Turut hadir dalam seminar ini ialah Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu, Encik Juraimin Hj. Jadil; Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Encik Mohd. Zaini Yanin; wakil kepada kedua-dua ADUN N49 dan N50 serta pegawai-pegawai dari beberapa jabatan negeri dan persekutuan.