05 Oktober 2009

Kontinjen Badminton PSKPPS Lahad Datu 2009

Pesta Sukan & Kebudayaan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Sabah Peringkat Zon Tenggara yang melibat Daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu, telah selesai dijalankan di Daerah Tawau pada 2 - 5 Oktober 2009.
Pesta ini mempertandingkan pelbagai permainan termasuk acara kemuncak malam kebudayaan.
Walau bagaimanapun dalam blog ini hanya gambar permainan badminton saja sempat dirakamkan, kerana penulis tidak terlibat dan tidak dapat hadir ke venue pertandingan permainan yang lain.
Pencapaian terbaik kontinjen ini ialah Juara dan Naib Juara Acara Perseorang Lelaki Terbuka apabila kedua-dua pemain perseorangan bertemu sesama sendiri di pertandingan akhir.
Sementara itu Acara Bergu Wanita Veteran 40-an, Naib Juara menjadi milik pasukan ini apabila mereka dikalahkan oleh pasukan Semporna dalam pertandingan akhir.
NOTA: Gambar klip video, layari www.youtube.com/arsani2alam