23 Ogos 2011

Kursus Dalaman

13 Ogos 2011 (Sabtu), bertempat di Pusat Kegiatan Guru Lahad Datu, staf SK. Kennedy Bay telah mengadakan Kursus Dalaman/Perkongsian Ilmu (Latihan Dalam Perkhidmatan). Tajuk ceramah yang disampaikan ialah Nilai Dan Etika Kerja; Panduan Tugas Staf; Pengurusan Am Pejabat; Pengurusan Fail; Tatasusila Profesion Keguruan; Pengurusan Kokurikulum; Pengurusan HEM/Disiplin, dan Asas Protokol dan Etiket Sosial. Ceramah kursus /disampaikan sendiri oleh Guru Besar, En. Arsani Alam.