24/8/2011: Pemantauan & Bimbingan LINUS oleh para FasiLINUS dari Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu > Puan Laila Majnun, Puan Beche Tarru, Puan Armah Hj. Buntak dan Puan Asnidar Patawari.
13 Ogos 2011 (Sabtu), bertempat di Pusat Kegiatan Guru Lahad Datu, staf SK. Kennedy Bay telah mengadakan Kursus Dalaman/Perkongsian Ilmu (Latihan Dalam Perkhidmatan). Tajuk ceramah yang disampaikan ialah Nilai Dan Etika Kerja; Panduan Tugas Staf; Pengurusan Am Pejabat; Pengurusan Fail; Tatasusila Profesion Keguruan; Pengurusan Kokurikulum; Pengurusan HEM/Disiplin, dan Asas Protokol dan Etiket Sosial. Ceramah kursus /disampaikan sendiri oleh Guru Besar, En. Arsani Alam.