30 Disember 2009
KALENDER PERSEKOLAHAN 2010
13.03.2010 hingga 21.03.2010 = Cuti Pertengahan Penggal
22.03.2010 hingga 04.06.2010 = Hari Persekolahan
05.06.2010 hingga 20.06.2010 = Cuti Pertengahan Tahun
21.06.2010 hingga 03.09.2010 = Hari Persekolahan
04.09.2010 hingga 12.09.2010 = Cuti Pertengahan Penggal
13.09.2010 hingga 19.11.2010 = Hari Persekolahan
20.11.2010 hingga 02.01.2011 = Cuti Akhir Tahun
TAKWIM CUTI UMUM 2010
14 & 15 Feb (Ahad & Isnin) = Tahun Baru Cina
26 Feb (Jumaat) = Maulidur Rasul
2 Apr (Jumaat) = Good Friday
1 Mei (Sabtu) = Hari Pekerja
28 Mei (Jumaat) = Hari Wesak
30 & 31 (Ahad & Isnin) = Pesta Menuai
5 Jun (Sabtu) = Keputeraan Agong
31 Ogos (Selasa) = Hari Kebangsaan ke-53
10 & 11 Sept. (Jumaat & Sabtu) = Hari Raya Puasa*
16 Sept. (Khamis) = Hari Malaysia & Hari TYT Sabah.
5 Nov. (Jumaat) = Deepavali
17 Nov. (Rabu) = Hari Raya Haji*
7 Dis. (Selasa) = Maal Hijrah (1432H)
25 Dis. (Sabtu) = Krismas.
* Tertakluk kepada perubahan
MESYUARAT STAF SK. KENNEDY BAY
Masa: 8.00 pagi.
Tempat: SK. Kennedy Bay.
Agenda (umum): Persiapan/Persediaan Untuk Sesi Persekolahan 2010 dll.
Kehadiran: Semua staf SK. Kennedy Bay diwajibkan hadir.
24 Disember 2009
KRISMAS
18 Disember 2009
TAHUN BARU HIJRAH
26 November 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
23 November 2009
Majlis Perpisahan Murid Tahun 6/2009 SK. Kennedy Bay
Majlis Perpisahan ini telah diadakan pada 20 November 2009 (Jumaat) yang dihadiri oleh semua murid tahun 6/2009 dan juga semua staf SK. Kennedy Bay.
Bengkel Skim Latihan Pengakap Kelana: Pasukan Latihan Pengakap Negeri Sabah.
22 November 2009
Anugerah Kecemerlangan Murid 2009 SK. Kennedy Bay
Turut hadir ialah Yang Di-Pertua PIBG SK. Kennedy Bay, Encik Ahmad Arapani dan Ketua Kampung Teluk Souaion, Encik Ahmad Ismail. Hadir sama juga NYDP PIBG SK. Kennedy Bay, En. Ismail Abdul Ghani.
18 November 2009
Lawatan Kerja Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ke Lahad Datu.
Pada 16 - 17 November 2009, Y.Bhg. Tan Sri Dato Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, telah melakukan lawatan kerja ke Daerah Lahad Datu. Beliau diiringi oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Y.Bhg. Datuk Normah binti Gagoh.
Antara jadual kerja lawatan beliau ialah, pada sebelah malam 16 November, mengadakan Majlis Dialog bersama semua Pegawai Pelajaran, Pengetua dan Guru Besar Daerah Lahad di sebuah hotel di sini.
Pada sebelah pagi pula, 17 November, beliau melawat SK. Sri Pantai di Tungku dan mengadakan Majlis Dialog persama ibubapa/penjaga murid dan masyarakat kampung di situ.
Antara perkara yang dibangkitkan oleh masyarakat kampung ialah isu anak-anak yang tiada dokumen kelahiran tetapi ibubapa mereka adalah warganegara.
Nota: Klik butang play untuk lihat gambar-gambar slaid
15 November 2009
Keputusan UPSR 2009
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 akan diumumkan di seluruh negara pada 19 November ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.
Menurutnya, analisis keputusan UPSR 2009 juga akan diumumkan pada hari sama di Putrajaya pada pukul 9 pagi.
"Seramai 517,908 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, seramai 510,125 orang atau 98.5 peratus calon adalah dari sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dan sekolah bantuan kerajaan.
Katanya, baki seramai 7,783 orang iaitu 1.5 peratus merupakan pelajar swasta.
Tambah beliau, mereka menjalani UPSR di 8,289 pusat peperiksaan yang disediakan di seluruh negara.
Sumber: Utusan Online, 15 November 2009.
Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-39 SK. Kennedy Bay
Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Ustaz Ruzain Teppe, Penyelia Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu, mewakili Pegawai Pelajaran Daerah. Sementara Majlis Perasmian Penutupan pula telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Ismail, Ketua Kampung Teluk Soaiun, Silam Camp.
Turut hadir ialah Encik Ahmad Arapani, Yang Di-Pertua PIBG. SK. Kennedy Bay dan timbalannya, Encik Ismail Abdul Ghani.
10 November 2009
AKTIVITI SK. Kennedy Bay
Pendaftaran Semula Murid Tahun 2 - Tahun 6 untuk Sesi Persekolahan 2010:
- Tarikh: 11 - 12 November 2009
- Masa: Mengikut sesi sidang persekolahan
- Tempat: Bilik Darjah masing-masing.
Tindakan: Semua Guru Kelas & Ibu bapa/penjaga murid.
Kejohanan Olahraga Kali Ke-39 SK. Kennedy Bay:
Kejohanan yang dijadualkan bakal dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah ini, sepatutnya diadakan pada 9 - 10 November telah ditunda kerana pertembungan dengan pelbagai program aktiviti di peringkat daerah. Tarikh baru kejohanan ini adalah seperti berikut:
- Tarikh Kejohanan: 13 - 14 November 2009 (Mula: jam 7.00 pagi)
- Tarikh Raptai: 13 November 2009 (Mula jam 7.00 pagi)
- Tarikh Perasmian: 14 November 2009 (jam 8.00 pagi)
Tindakan: Makluman kepada yang berkenaan.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid 2009:
- Tarikh: 19 November 2009.
- Masa : 8.00 pagi
- Tempat: SK. Kennedy Bay.
Tindakan: Makluman & tindakan semua yang berkenaan.
Mesyuarat Akhir Tahun Staf SK. Kennedy Bay:
- Tarikh: 20 November 2009.
- Masa: 7.00 pagi.
- Tempat: SK. Kennedy Bay.
- Kehadiran Wajib: Semua Staf SK. Kennedy Bay.
Tindakan: Semua staf SK. Kennedy Bay
07 November 2009
Majlis Penyerahan Kelulusan Kenaikan Pangkat DGA38
Majlis Penyerahan Keputusan Kelulusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Cemerlang Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Pengelola Cemerlang Gred DGA38 Dan Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 Urusan Tahun 2008, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, telah diadakan.
Seramai 51 orang penerima dari seluruh negeri Sabah telah menerima kelulusan kenaikan pangkat mereka.
Majlis Perasmian dan penyerahan surat kelulusan telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dr. Muhiddin Bin Yusin, Timbalan Pelajaran Negeri Sabah.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Encik Samsul Bin Dollah (Ketua Sektor, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah) dan juga Puan Amy Lydia Binti Adnan (Penolong Pengarah, Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah).
Y.Bhg. Dr. Muhiddin Yusin sedang menyampaikan ucapan perasmian.