28 Ogos 2010

BANTUAN KHAS RM500 DIBAYAR 1.9.2010

Mutakhir

Bantuan khas RM500 dibayar Rabu depan 2010/08/27

KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam yang berkhidmat tahun ini akan dibayar pada Rabu depan. Ini diumumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah menerusi satu pekeliling sebentar tadi.
"Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dibayar pada 1 September 2010," katanya dalam pekeliling itu.
Bantuan Khas Kewangan itu diberikan kerajaan sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam pembangunan negara. Pegawai yang layak dibayar Bantuan Khas Kewangan adalah seperti berikut: a. pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak perkhidmatan dan guru sandaran; b. pegawai yang bercuti separuh gaji; c. pemandu yang dilantik oleh pegawai Jawatan Utama ‘B’ dan ke atas serta Gred Khas ‘A’ yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan d. pegawai kontrak perkhidmatan yang putus perkhidmatannya selama satu hari sebelum disambung semula perkhidmatan kontraknya. Pegawai yangtidaklayak pula ialah: a. pegawai yang mengambil cuti tanpa gaji sepanjang tahun 2010; b. pegawai yang berkhidmat di agensi yang diasingkan pengurusan saraannya sepanjang tahun 2010; c. pegawai yang dipinjamkan ke badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tahun 2010; d. pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam atau demi kepentingan perkhidmatan awam dalam tahun 2010; e. pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman amaran; f. pegawai lantikan kontrak untuk perkhidmatan dan g. pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama/ Gred Khas.

26 Ogos 2010

MAKLUMAN

  • 3 September 2010: Majlis Solat Hajat UPSR & MISA UPSR di Masjid Teluk Soaiun dan Gereja Teluk Soaiun.
  • 4 - 12 September 2010: Cuti Sekolah
  • 13 - 15 September 2010: Cuti Berganti
  • 16 September 2010: Hari Malaysia/Hari TYT Negeri Sabah.
  • 17 September 2010: Cuti Peristiwa.
  • 21- 23 September 2010: Peperiksaan UPSR.
  • 25 - 27 September 2010: PSKPPS Peringkat Daerah LD, di Tungku.
  • 2 Oktober 2010: Majlis RIMUP Kelompok 4 (SK. Kennedy Bay + SK. Kg. Silam) bertempat di SK. Kg. Silam.
  • 3 Oktober 2010: Majlis Rumah Terbuka PIBG SK. Kennedy Bay bertempat di SKKB.

21 Ogos 2010

TAKLIMAT KGKS

20 Ogos 2010: Taklimat KGKS di Bilik Pusat Sumber Sekolah, SK. Kennedy Bay.

11 Ogos 2010

Projek Di Sekolah

07 Ogos 2010

Video: Majlis Penutupan Bulan Kecergasan SKKB 2010

Nota: Klip video yang selanjutnya boleh ditonton melalui laman youtube di saluran "arsani2alam"

06 Ogos 2010

Majlis Penutupan Bulan Kecergasan 2010

31 Julai 2010: Majlis Penutupan Bulan Kecergasan SK. Kennedy Bay.
Aktiviti senamrobik semua warga sekolah diadakan di pekarangan sekolah.