31 Julai 2010

Aktiviti Sabtu & Ahad Di SKKB

  • 31 Julai 2010 (Sabtu) jam 7.30 pagi: Majlis Penutupan Bulan Kecergasan, melibatkan semua staf dan murid sidang pagi dan petang.
  • 1 Ogos 2010 (Ahad) jam 7.30 pagi: Majlis Gotong Royong Bersama PIBG membersihkan kawasan sekolah.

Main Futsal Bersama Staf PPD Lahad Datu

29 Julai 2010, jam 10.00 - 11.00 di gelanggang Futsal Kaka Plastik, Kg. Warisan, Lahad Datu. Mengadakan perlawanan persahabatan futsal di antara pasukan PPD Lahad Datu dengan pasukan gabungan staf pendidikan & keluarga.
Aksi-aksi menarik para pemain.
(Kenalkah anda pemain No. 4 itu?)
Penjaga gol tu tentunya si Fajel.
PPD Lahad Datu, En. Mohd. Zaini Yanin, 3 dari kiri baris depan, turut meluangkan
masa menyaksikan perlawanan ini.
(Akupun tumpanglah duduk di belakang tu...masa rehatlah...tapi rakan2 lain terus bermain)
Para pemain bergambar kenangan sebelum perlawanan dimulakan.
Duduk Depan dari kiri: Roslan, Herbert James, Amni & Madal.
Berdiri belakang dari kiri: Rafi, Ricky, Azni, Rahman, Rajak, Salam & Arsani.
Ini dia gelanggang futsal itu. Menempatkan 3 gelanggang di dalamnya.
(Kelihatan sebahagian gambar Amni)

27 Julai 2010

PESTA PSKPPS PERINGKAT ZON DAERAH LAHAD DATU 2010

Keputusan Mesyuarat Agung PSKPPS Daerah Lahad Datu yang telah berlangsung di SMK. Sepagaya pada 27 Julai 2010 (jam 9.00 pagi), telah menetapkan pesta PSKPPS Peringkat Zon 2010 seperti berikut:
  • Tarikh Pesta: 25 - 27 September 2010.
  • Pengelola: Zon Tungku
  • Yuran/orang: RM6.00 (Negeri) dan RM4.00 (Zon) - Dibayar selepas gaji Ogos 2010.

04 Julai 2010

Majlis Jamuan Perpisahan En. Emran

Pada 3 Julai 2010, Majlis Jamuan Perpisahan untuk Cikgu Emran Sumanggil @Anggir telah diadakan di SK. Kennedy Bay.
Cikgu Emran akan bertukar ke SK. Paris 3, Kinabatangan, kerana dilantik sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah berkenaan.
Tahniah! Untuk Cikgu Emran...