28 Mei 2010

HARI WESAK, PESTA MENUAI DAN PESTA GAWAI

SALAM 1 MALAYSIA....

Selamat Menyambut Hari Wesak, Pesta Menuai dan Pesta Gawai untuk semua rakan di mana saja anda berada.....

23 Mei 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

22 Mei 2010, PIBG SK. Kennedy Bay telah mengadakan Mesyuarat Agung.

Senarai AJK. 2010 - 2012:

  • YDP: Encik Fazarudin Bin Maidin
  • NYDP: Encik Ahmad Ismail
  • Setiausaha: Encik Janjani Ali Hassan
  • Pen. Setiausaha: Cik Suriyani Raming
  • Bendahari: Puan Sharifah bte Hakim
  • AJK:
  1. Puan Sarina Jambirn
  2. Puan Mariani Ismail
  3. Encik Mohd. Azhar Abdullah
  4. Encik Mohd. Fadli Tajuddin
  5. Encik Mohd. Salleh Keratas
  6. Encik Robert Taupen
  7. Encik Sali Burong
  8. Koperal Husien Abdul Rashid
  9. Encik Razman Sattar
  10. Puan Vicky Martinez
  11. Puan Rasma Sakilan
  • AJK. PIBG 2010 - 2012 bergambar sama dengan Penasihat

18 Mei 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Sekolah SK. Kennedy Bay telah diadakan pada 17 Mei 2010. Beberapa acara untuk memeriahkan majlis telah diadakan oleh para staf sekolah. Antaranya...anda saksikanlah sendiri beberapa keping gambar dan klip video ini: Ikrar Hari Guru Potong Kek Biar Ku Menjadi Lilin Malaysia Baru NOTA: Semua Klip Video ini boleh juga ditonton melalui laman youtube http://www.youtube.com/arsani2alam

Gambar-gambar lebih banyak boleh dilihat melalui http://www.friendster.com/arsanialam atau melalui laman facebook saya arsanialam@yahoo.com

15 Mei 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA HARI GURU 2010

15 Mei 2010 (Sabtu): SK. Kennedy Bay telah mengadakan Gotong-Royong Perdana sempena Hari Guru pada tahun ini.

14 Mei 2010

TERIMA KASIH CIKGU!!

SELAMAT HARI GURU 16 Mei 2010

Solat Hajat & Bacaan Yaasin Sempena Hari Guru

Masjid Kg. Teluk Soaiun/Silam Camp.

Membaca Surah Yaasin

Menikmati jamuan ringan selepas waktu Isyak

13 Mei 2010, bertempat di Masjid Kg. Teluk Soaiun, selepas selesai solat magrib, warga SK. Kennedy Bay dengan kerjasama PIBG dan masyarakat Kg. Teluk Soaiun/Silam Camp telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Solat Hajat sempena Hari Guru tahun ini.

PROGRAM MINUMAN PERCUMA SYARIKAT MILO

13 Mei 2010: Program agihan minuman percuma oleh Syarikat Milo.

11 Mei 2010

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SKKB 2010

Lawatan spontan YB. Hj. Datu Nasrun Datu Mansur ke Tapak Perkhemahan SK. Kennedy Bay.
YB. Hj. Datu Nasrun melawat tapak perkhemahan
YB. Hj. Datu Nasrun meluangkan masa bersama peserta perkhemahan di dewan perhimpunan perasmian penutupan.


Pada 8 dan 9 Mei 2010, Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SK. Kennedy Bay telah berlangsung di Pekarangan Halaman Sekolah.

Perkhemahan kali ini saya anggap amat berjaya kerana ianya mencatatkan 2 kejutan dan guru-guru berjaya membawa perkhemahan ini hingga ke akhir penutupan:

  • Pertama, saya terpaksa tinggalkan kawasan perkhemahan pada subuh 9 Mei kerana terpaksa mengiringi isteri ke Hospital Tawau untuk rawatan pembedahan kecil (9 - 11 Mei);
  • Kedua, semasa acara perasmian penutupan sedang berjalan pada 9 Mei jam 9.00 pagi, YB. Hj. Datu Nasrun Bin Hj. Datu Mansur, ADUN N50 Lahad Datu, telah melawat perkhemahan ini secara spontan - kebetulan pada ketika itu beliau ada lawatan kerja di Kg. Teluk Soaiun/Silam Camp - menjadikan suasana perkhemahan kali ini, saya anggap semakin meriah, walaupun barangkali terdapat sedikit kelamkabut, kerana kehadiran YB tidak dijangka.

Syabas dan tahniah kepada semua AJK. Kerja yang berjaya mengendalikan perkhemahan ini. Dan terima kasih banyak kepada YB. Hj. Datu Nasrun kerana sudi melawat sekolah dan perkhemahan kami.

Persembahan Malam Kebudayaan, 8 Mei

Persembahan Malam Kebudayaan, 8 Mei.

Kawasan Perkhemahan.
Pemandangan Tapak Perkhemahan
Persembahan Malam Kebudayaan, 8 Mei
Persembahan Malam Kebudayaan, 8 Mei.
Persembahan Malam Kebudayaan, 8 Mei.
Semua Peserta Perkhemahan bersama Staf SKKB

07 Mei 2010

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SK. KENNEDY BAY

Perkhemahan ini melibatkan 4 pasukan Unit Beruniform iaitu Pengakap, TKRS, PBSM dan Puteri Islam, melibatkan 60 orang murid terpilih.
Semua guru dan KTBM juga terlibat memainkan peranan dalam menjayakan perkhemahan ini.
  • Tarikh Perkhemahan: 8 & 9 Mei 2010 (Sabtu dan Ahad).
  • Tempat Perkhemahan: Dalam Kawasan Sekolah.
  • Aktiviti Perkhemahan: Pelbagai aktiviti pertandingan telah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Perkhemahan.

05 Mei 2010

Pembakaran Terbuka @ Pencemaran Udara

Kg. Teluk Soaiun @Kem Silam, tempat letaknya SK. Kennedy Bay, sudah lebih kurang sebulan ini ruang udaranya telah dicemari oleh aktiviti pembakaran terbuka oleh individu-individu tertentu yang beroperasi mencari besi buruk.
Lokasinya ialah tempat longgokan habuk kayu dan bekas tapak pembuangan sampah suatu ketika dulu ketika Kem Silam masih beroperasi secara aktif; letaknya lebih kurang 600 - 700 meter dari SK. Kennedy Bay.
Para pencari besi buruk membakar habuk kayu tersebut untuk mengeluarkan besi-besi buruk yang tertanam dalam longgokan habuk kayu berkenaan.
Pasukan Bomba telah beberapa kali datang memadam kebakaran itu; tetapi apabila mereka balik ke markas, para pencari besi buruk tersebut melakukan semula aktiviti mereka.
Keadaan asap/jerebu dengan bau yang kurang menyenangkan ini menyebabkan semua warga SK. Kennedy Bay tidak selesa berada di sekolah.
Dari segi kesihatan...tuan/puan fikirlah sendiri...

04 Mei 2010

Karnival Pendidikan Sains, Teknologi dan Kecekapan Tenaga Daerah Lahad Datu 2010

Karnival Pendidikan Sains, Teknologi Dan Kecekapan Tenaga Daerah Lahad Datu telah diadakan di SK. Pekan dan SJK. ( C ) Chee Vun pada 28 April hingga 2 Mei 2010. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Dr. Hj. Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Turut hadir dalam majlis perasmian penutupan ialah YB. Tuan Hj. Salleh Kalbi, Ahli Parlimen P188-Silam; Encik Mohd. Zaini Yanin, Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu; Encik Juraimin Hj. Jadil, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu; Prof. Haslan Abu Hassan, Pengarah CETREE Malaysia; Puan Zuriah Zulkifli, Timbalan Pengarah Unit Sains dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri Sabah; Pengetua/Guru Besar, guru-guru dan murid-murid sekolah sekitar daerah Lahad Datu.
Sepanjang tempoh 4 hari karnival berlangsung, dianggarkan lebih kurang 10 ribu pengunjung telah datang melawat tapak karnival berkenaan, sesuatu yang diluar jangkaan - menurut Prof. Haslan Abu Hassan. Dua Pengarah sedang berbincang, Dr. Hj. Muhiddin dan Prof. Haslan

Sebahagian daripada pemenang menerima hadiah bergambar bersama Dr. Hj. Muhiddin dan En. Mohd. Zaini

Pemandangan Tapak Karnival
Ucapan Perasmian Penutupan oleh Tuan Dr. Hj. Muhiddin Hj. Yusin,
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.
Pelbagai peralatan tenaga solar
Teropong matahari
Murid-murid ini tidak melepaskan peluang bergambar dekat pakaian angkasawan yang dipamerkan
Dr. Muhiddin di tapak pameran. Kelihatan bersama ialah YB. Tuan Hj. Salleh Kalbi dan En. Mohd. Zaini Yanin.