26 April 2010

Aktiviti Semasa Perhimpunan Sekolah

Setiap hari Isnin boleh dikatakan semua sekolah akan mengadakan perhimpunan rasmi sekolah. Begitu juga SK. Kennedy Bay.
Selain daripada acara rutin yang biasa diadakan dalam perhimpunan, seperti ucapan guru besar, nyanyian lagu Negaraku, lagu Sabah Maju Jaya dan lagu sekolah, perhimpunan rasmi sekolah ini diselitkan dengan beberapa aktiviti sampingan sebagai dorongan atau kesiapsiagaan murid untuk menghadapi bila-bila masa mereka diminta tampil ke hadapan.
Antara aktiviti yang diselitkan dalam perhimpunan ini ialah slot bercerita (cerita pendek), membaca sifir, Lafaz Ikrar Rukun Negara dan lain-lain. Penampilan murid ke hadapan perhimpunan untuk menyampaikan persembahan mereka adalah dipanggil secara rawak.

25 April 2010

Pertandingan Rekacipta, Bercerita, Hafazan, Mewarna, Spelling Competition

24 April 2010, SK. Kennedy Bay: Dengan anjuran bersama Pusat Sumber Sekolah, Unit Panitia dan Unit Ko-Kurikulum, telah mengadakan Pertandingan Rekacipta, Bercerita, Hafazan, Mewarna dan Spelling Competition di kalangan murid-muridd Tahap 1 dan Tahap 2.

23 April 2010

Kursus Kepimpinan Pengakap Manikayu Peringkat I

  • Tarikh kursus: 28, 29 & 30 Mei 2010.
  • Tempat Kursus: Resort Felda Sahabat, Lahad Datu.
  • Kategori Kursus: Unit Pengakap Kanak-Kanak & Unit Pengakap Remaja.

Syarat Penyertaan:

  1. Telah menyertai kursus Peringkat Pengenalan.
  2. Berpakaian seragam pengakap yang lengkap/rambut tidak panjang (lelaki).
  3. Membawa khemah sendiri.
  4. Pengangkutan, tanggungjawab peserta sendiri.
  5. Peralatan peribadi > pinggan, sudu dan lain-lain keperluan, oleh peserta sendiri.
  6. Yuran Penyertaan: RM40.00 (Ringgit Malaysia: Empat puluh sahaja)
  7. Makan/minum, sijil penyertaan dan skaf kursus disediakan oleh pihak penganjur.
  8. Tarikh tutup penyertaan: 21 Mei 2010, jam 12.00 tengah hari.
  9. Permohonan yang diterima selepas tempoh di atas tidak akan dilayan.

Keterangan lanjut, sila hubungi:

Tuan Hj. Ahmad Sawal, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tungku > Tel: 019-8838678 (Kelab Teluk Darvel, Lahad Datu) ATAU Cik Mardiana Mountin, Setiausaha Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Tungku > Tel: 016-5836191 (SK. Sahabat 2/Anjung Teduh)

22 April 2010

Mesyuarat JK. Pengelola Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2010

22 April 2010, SK. Pekan, Lahad Datu:
Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2010, Kali Yang Ke-4, telah dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Encik Mohd. Zaini Yanin.
Masjlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2010 dijadualkan akan berlangsung pada 3 Jun 2010 bertempat di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu.
Pelancaran Hari Guru berkenaan dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa bin Hj. Aman.
Sebahagian daripada AJK yang hadir mesyuarat.

En. Mohd. Zaini mempengerusikan mesyuarat.

17 April 2010

Staf SK. Kennedy Bay

PETUNJUK:
Gambar Staf Sidang Pagi:<BR>
Baris Belakang Dari Kiri: Mohd. Salleh Keratas (KTBM), Dg. Widury Abg. Tahir, Suriyani Raming, Fadilah Zainal Abidin, Alleen Lazarus (KTBM), Mohd. Sidik Zainudin (KTBM) dan Jaihirun Suku (KTBM).
Baris Depan Dari Kiri:
Mohd. Fadli Tajudin, Hamidah Padawan (PK. Kokum), Jainie Selamat (PK. Pentadbiran), Arsani Alam (Guru Besar), Minie Gimoh @Adidah (PK. HEM) dan Emran Sumanggil @Anggir.
Gambar Staf Sidang Petang:
Baris Belakang Dari Kiri:
Juliah Gitom, Sarina Jambrin, Armah Buntak, Noraini Ambiau, Haslinda Kamaruddin, Siti Nurulhuda Sapiai dan Nur Hafizah Rasul.
Baris Depan Dari Kiri:
Mariani Ismail, Baxter Janie, Jaihirun Suku (KTBM), Arsani Alam (Guru Besar), Mohd. Azhar Abdullah (Penyelia Petang), Alleen Lazarus (KTBM) dan Dayang Intan Mahkota Datu Jamiuddin.

08 April 2010

Taklimat & Bengkel SIT SK.Kennedy Bay

Kepada: Semua Guru SK. Kennedy Bay. Tuan/puan diwajibkan hadir Taklimat & Bengkel SIT (School Improvement Program)/Program Pembangunan Prestasi Sekolah pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 8 April 2010 (Khamis)
Masa: 11.30 Tengah hari
Tempat: Pusat Sumber Sekolah, SK. Kennedy Bay.

06 April 2010

Jerayawara Pengarah Pelajran Negeri Sabah 2010

5 April 2010, jam 8 pagi, bertempat di Dewan SJK. ( C ) Siew Ching, Lahad Datu, Program Jerayawara Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Ini adalah merupakan sebahagian daripada siri jelajah Pengarah Pelajaran ke seluruh daerah di negeri Sabah ini.
NOTA:
Jerayawara bermaksud, persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya yang diadakan oleh seseorang atau kumpulan orang (penyanyi, ahli politik dan sebagainya) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dan sebagainya: Persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, temasuk beberapa siri - yang meliputi seminar dan pameran.

02 April 2010

RIMUP Kelompok 4 Lahad Datu

1 April 2010, Khamis, bertempat di SK. Kg. Silam: Program Motivasi Kecemerlangan Murid - Teknik Menjawab UPSR 2010, RIMUP Kelompok 4 Lahad Datu, anjuran bersama SK. Kennedy Bay dan SK. Kg. Silam.
Nota: Lebih banyak gambar boleh dilihat melalui laman facebook saya.