26 Februari 2010

Sambutan Maulidur-Rasul Peringkat Daerah Lahad Datu

12 Rabiulawal 1431 Hijrah (26 Februari 2010): Dengan tema "Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah," sambutan maulidur-rasul Peringkat Daerah Lahad Datu telah diadakan dengan perarakan bermula di Masjid Al-Raudhah, mengelilingi bandar Lahad Datu dan berakhir di Dewan Tun Mustapha.
Sebanyak lebih kurang 50 kontinjen telah menyertai perarakan kali ini, penyertaan yang dianggap teramai setakat ini.
Turut hadir dalam sambutan kali ini ialah YB. Salleh Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam.
Nota: Rakaman video boleh dilihat melalui www.youtube.com/arsani2alam

21 Februari 2010

MAJLIS PERPISAHAN

20 Februari 2010, Hotel De Leon, Lahad Datu: Majlis Jamuan Perpisahan untuk 4 orang staf SK. Kennedy Bay telah diadakan. Mereka ialah Puan Nur Auni Abdullah @Jeanivy, Encik Wasli Hj. Kassim, Encik Jaihirun Suku dan Encik Ahmad Sanip.
Puan Nur Auni berpindah ke SK. Lahad Datu II, Encik Wasli pindah ke SK. Unico Desa, Encik Ahmad Sanip pindah ke SK. Dandun Pitas dan Encik Jaihirun pindah ke SMK. Tungku Lahad Datu.
Turut hadir memeriahkan suasana majlis ialah ahli-ahli keluarga staf yang dirai dan juga ahli keluarga staf SK. Kennedy Bay. (Nota: Lagi banyak gambar lihat di www.friendster.com/arsanialam )

10 Februari 2010

Gong Xi Fah Chai & Selamat Menyambut Maulidur Rasul

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA, 14 & 15 Februari 2010
&
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL, 26 Februari.

09 Februari 2010

Gambar Kenangan Murid & Staf SKKB

Klik butang play untuk lihat gambar slaid.

06 Februari 2010

Projek Baikpulik Kerusi-Meja Murid

6 Februari 2010 (Sabtu), dengan kerjasama AJK PIBG, staf SK. Kennedy Bay telah mengadakan kerja gotong royong membaik-pulih kerusi-meja murid yang telah rosak.