16 Januari 2010

Aktiviti SKKB

  • 8 Januari 2010 (Jumaat), Bilik Serbaguna SKKB: Majlis Perasmian Penutupan Minggu Orientasi Tahun 1 oleh Guru Besar. Turut hadir, NYDP. PIBG SKKB, Penyelia Petang, ibubapa/penjaga murid tahun 1/2010 & guru-guru SKKB.
  • 11 Januari 2010 (Isnin), Bilik PSS/SKKB: Taklimat Minggu Orientasi Guru Baru oleh pihak pentadbiran sekolah kepada 2 orang guru yang baru melapor diri.
  • 16 Januari 2010 (Sabtu), Bilik PSS/SKKB: Taklimat & Penyerahan Surat Lantikan Jawatan/Tugas di Sekolah Bagi Tahun 2010 kepada semua staf SKKB.
  • 16 Januari 2010 (Sabtu) = Aktiviti Pertama/2010 Unit Kokurikulum SKKB.

05 Januari 2010

RAGAM HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2010

04 Januari 2010:
Seperti di kebanyakan sekolah lain juga, ibubapa/penjaga murid terpaksa menemani anak-anak mereka untuk hadir ke sekolah. Malahan ibubapa terpaksa pula duduk sama di dalam kelas sebagai sokongan moral dan pujukan agar anak-anak lebih bersemangat menghadapi hari pertama persekolahan mereka.
Selamat Tahun Baru, Selamat Datang dan Selamat menempuh alam persekolahan.