26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf zahir batin, kepada semua sahabat-handai, kaum keluarga, seluruh rakyat Malaysia (1Malaysia), muslimin dan muslimat di mana saja berada.

23 November 2009

Majlis Perpisahan Murid Tahun 6/2009 SK. Kennedy Bay

Majlis Perpisahan ini telah diadakan pada 20 November 2009 (Jumaat) yang dihadiri oleh semua murid tahun 6/2009 dan juga semua staf SK. Kennedy Bay.

Bengkel Skim Latihan Pengakap Kelana: Pasukan Latihan Pengakap Negeri Sabah.

Berita dan gambar sila klik di sini http://www.arsani-alam.blogspot.com/

22 November 2009

Anugerah Kecemerlangan Murid 2009 SK. Kennedy Bay

19 November 2009, berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan Murid 2009 SK. Kennedy Bay. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Junainah Lo, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Lahad Datu.
Turut hadir ialah Yang Di-Pertua PIBG SK. Kennedy Bay, Encik Ahmad Arapani dan Ketua Kampung Teluk Souaion, Encik Ahmad Ismail. Hadir sama juga NYDP PIBG SK. Kennedy Bay, En. Ismail Abdul Ghani.
Persembahan tarian oleh murid-murid tahap 2
Persembahan bercerita
Persembahan deklamasi sajak
NYDP PIBG SK. Kennedy Bay, Encik Ismail Abd. Ghani,
menyampaikan sijil penghargaan
PK. HEM, Puan Minie Gimoh,
menyampaikan Sijil Penghargaan
PK. Kokum, Puan Hamidah Padawan,
menyampaikan Sijil Penghargaan.
Ketua Kampung Teluk Souaion, Encik Ahmad Ismail,
menyampaikan Sijil Penghargaan
Mini Konvokesyen Murid Tahun 6:
Penyampaian Sijil oleh Guru Besar, En. Arsani Alam.
Sebahagian daripada ibu-ibu dan murid-murid yang hadir menyaksikan majlis.
Persembahan tarian murid-murid tahap 1
YDP. PIBG. Encik Ahmad Arapani,
menyampaikan Sijil Penghargaan.
Penyelia Petang, Encik Mohd. Azhar,
menyampaikan Sijil Penghargaan.
PK. Pentadbiran, Puan Jainie Selamat,
menyampaikan Sijil Penghargaan.
Ucapan Perasmian oleh Puan Junainah Lo,
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Lahad Datu.
Para petugas di belakang tabir.
Para petugas di belakang tabir.

18 November 2009

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ke Lahad Datu.

Pada 16 - 17 November 2009, Y.Bhg. Tan Sri Dato Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, telah melakukan lawatan kerja ke Daerah Lahad Datu. Beliau diiringi oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Y.Bhg. Datuk Normah binti Gagoh.

Antara jadual kerja lawatan beliau ialah, pada sebelah malam 16 November, mengadakan Majlis Dialog bersama semua Pegawai Pelajaran, Pengetua dan Guru Besar Daerah Lahad di sebuah hotel di sini.

Pada sebelah pagi pula, 17 November, beliau melawat SK. Sri Pantai di Tungku dan mengadakan Majlis Dialog persama ibubapa/penjaga murid dan masyarakat kampung di situ.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh masyarakat kampung ialah isu anak-anak yang tiada dokumen kelahiran tetapi ibubapa mereka adalah warganegara.

Nota: Klik butang play untuk lihat gambar-gambar slaid

15 November 2009

Keputusan UPSR 2009

Keputusan UPSR Khamis ini
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 akan diumumkan di seluruh negara pada 19 November ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.
Menurutnya, analisis keputusan UPSR 2009 juga akan diumumkan pada hari sama di Putrajaya pada pukul 9 pagi.
"Seramai 517,908 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, seramai 510,125 orang atau 98.5 peratus calon adalah dari sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dan sekolah bantuan kerajaan.
Katanya, baki seramai 7,783 orang iaitu 1.5 peratus merupakan pelajar swasta.
Tambah beliau, mereka menjalani UPSR di 8,289 pusat peperiksaan yang disediakan di seluruh negara.
Sumber: Utusan Online, 15 November 2009.

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-39 SK. Kennedy Bay

14 November 2009: Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-39 SK. Kennedy Bay telah berlangsung di Padang Kg. Teluk Soaiun, Silam Camp, Lahad Datu.
Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Ustaz Ruzain Teppe, Penyelia Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu, mewakili Pegawai Pelajaran Daerah. Sementara Majlis Perasmian Penutupan pula telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Ismail, Ketua Kampung Teluk Soaiun, Silam Camp.
Turut hadir ialah Encik Ahmad Arapani, Yang Di-Pertua PIBG. SK. Kennedy Bay dan timbalannya, Encik Ismail Abdul Ghani.
Acara lari berganti-ganti
Sebahagian daripada ibu-ibu yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka

Penyampaian hadiah oleh Ust. Ruzain
"Horey...aku sampai dulu!"
Depan dari kiri: En. Ahmad Ismail (KK), Ust. Ruzain (Penyelia Sukan), En. Ahmad Arapani YDP PIBG), En. Ismail Abd. Ghani (NYDP. PIBG) dan En. Mohd. Azhar (Penyelia Petang). Sementara di bahagian belakang adalah sebahagian penonton/ibubapa/penjaga murid yang hadir
Penyampaian hadiah oleh Ketua Kampung, En. Ahmad Ismail

Sedia untuk berlepas

Perarakan masuk bendera kejohanan oleh pasukan pengakap
Kontinjen Rumah Kembara
Kontinjen Rumah Wira
Kontinjen Rumah Satria
Kontinjen Rumah Perdana
NOTA: Lihat lebih banyak gambar di www.friendster.com/arsanialam

10 November 2009

AKTIVITI SK. Kennedy Bay

Pendaftaran Semula Murid Tahun 2 - Tahun 6 untuk Sesi Persekolahan 2010:

  • Tarikh: 11 - 12 November 2009
  • Masa: Mengikut sesi sidang persekolahan
  • Tempat: Bilik Darjah masing-masing.

Tindakan: Semua Guru Kelas & Ibu bapa/penjaga murid.

Kejohanan Olahraga Kali Ke-39 SK. Kennedy Bay:

Kejohanan yang dijadualkan bakal dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah ini, sepatutnya diadakan pada 9 - 10 November telah ditunda kerana pertembungan dengan pelbagai program aktiviti di peringkat daerah. Tarikh baru kejohanan ini adalah seperti berikut:

  • Tarikh Kejohanan: 13 - 14 November 2009 (Mula: jam 7.00 pagi)
  • Tarikh Raptai: 13 November 2009 (Mula jam 7.00 pagi)
  • Tarikh Perasmian: 14 November 2009 (jam 8.00 pagi)

Tindakan: Makluman kepada yang berkenaan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid 2009:

  • Tarikh: 19 November 2009.
  • Masa : 8.00 pagi
  • Tempat: SK. Kennedy Bay.

Tindakan: Makluman & tindakan semua yang berkenaan.

Mesyuarat Akhir Tahun Staf SK. Kennedy Bay:

  • Tarikh: 20 November 2009.
  • Masa: 7.00 pagi.
  • Tempat: SK. Kennedy Bay.
  • Kehadiran Wajib: Semua Staf SK. Kennedy Bay.

Tindakan: Semua staf SK. Kennedy Bay

07 November 2009

Majlis Penyerahan Kelulusan Kenaikan Pangkat DGA38

6 November 2009, Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pelajaran Sabah, Tingkat 7, Rumah Persekutuan, Kota Kinabalu:
Majlis Penyerahan Keputusan Kelulusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Cemerlang Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Pengelola Cemerlang Gred DGA38 Dan Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 Urusan Tahun 2008, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, telah diadakan.
Seramai 51 orang penerima dari seluruh negeri Sabah telah menerima kelulusan kenaikan pangkat mereka.
Majlis Perasmian dan penyerahan surat kelulusan telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dr. Muhiddin Bin Yusin, Timbalan Pelajaran Negeri Sabah.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Encik Samsul Bin Dollah (Ketua Sektor, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah) dan juga Puan Amy Lydia Binti Adnan (Penolong Pengarah, Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah).
Encik Samsul Dollah menyampaikan ucapan alu-aluan
Dr. Muhiddin Yusin, Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah.

Y.Bhg. Dr. Muhiddin Yusin sedang menyampaikan ucapan perasmian.