30 April 2009

Matahari Tepat Atas Tropika Punca Cuaca Panas

KUALA LUMPUR 29 April - Jabatan Meteorologi menjelaskan, keadaan cuaca panas dengan suhu tertinggi 36 darjah Celsius sepanjang bulan ini berikutan musim peralihan monsun. Pada masa yang sama, orang ramai diminta supaya lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti di luar di samping minum lebih banyak air bagi mengelak masalah kekurangan air dalam badan. Kenyataan jabatan itu di sini hari ini memberitahu, sepanjang musim yang berlaku pada setiap April tersebut, kebiasaannya cuaca panas pada sebelah pagi tetapi hujan dan ribut petir ketika lewat petang dan malam. Menurutnya, berdasarkan bacaan yang direkodkan dari 1 April sehingga semalam di 40 stesen meteorologi, terdapat hari-hari yang menunjukkan beberapa stesen mencatatkan suhu maksimum. Tambah kenyataan itu, suhu tertinggi direkodkan ialah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April lalu. ''Keadaan cuaca panas dan kering dari pertengahan April disebabkan perubahan tiupan arah angin dari timur ke barat. ''Kedudukan matahari yang tepat dalam kawasan tropika menyebabkan suhu menjadi panas pada hari-hari tiada hujan,'' tambah kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, suhu tertinggi yang pernah direkodkan sejak 1968 ialah 40.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998, iaitu pada tahun berlakunya fenomena El Nino. Jabatan itu juga memberitahu, mulai Mei hingga September ini, negara akan mengalami Monsun Barat Daya yang mana lazimnya cuaca lebih kering berbanding bulan-bulan lain tetapi dengan suhu normal antara 30.7 dan 34.1 darjah Celsius. Sumber Berita: Utusan Malaysia Online, 30 April 2009.

27 April 2009

Kursus Dalaman SK. Kennedy Bay

Pada 25 April 2009 (Sabtu) satu kursus dalaman telah diadakan di Bilik Guru SK. Kennedy Bay, Lahad Datu. Kursus ini melibatkan semua guru sekolah berkenaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa orang guru yang tidak dapat hadir semasa kursus dijalankan kerana terlibat dengan beberapa aktiviti lain seperti menghadiri peperiksaan, kursus lain yang sedang dianjurkan oleh PPD, sukan dan lain-lain. Kursus ini membabitkan 3 slot: 1. EDUWEBTV disampaikan oleh Puan Sarina Jambrin, 2. APLIKASI MOODLE disampaikan oleh Encik Ahmad Sanip, dan 3. Penggunaan Microsoft Excel, disampaikan oleh Cik Julia Gitom. NOTA: Lihat lagi gambar-gambar di http://www.frienster.com/arsanialam

24 April 2009

Lanjut Tempoh Kursus Guru PPSMI

Lanjut tempoh kursus guru PPSMI Oleh Norakmah Mat Youb norakmah@bharian.com.my Kementerian mahu pertingkat penguasaan pengajar dalam bahasa Inggeris GEORGETOWN: Kementerian Pelajaran bercadang melanjutkan tempoh kursus bahasa Inggeris bagi guru yang terbabit dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kepada enam bulan, berbanding tiga bulan ketika ini. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, bagaimanapun berkata perkara itu masih pada peringkat awal dan memerlukan kajian terperinci sebelum dilaksanakan. "Lanjutan tempoh itu perlu bagi memperkasakan dan meningkatkan penguasaan guru dalam bahasa Inggeris. "Sejak PPSMI dilaksanakan, banyak pandangan diterima, ada yang bersetuju dan ada juga yang sebaliknya. Ia bukan saja membabitkan murid dan ibu bapa tetapi guru juga," katanya. Beliau berkata, berdasarkan maklum balas diterima, cabaran utama PPSMI bukanlah murid tetapi guru sendiri yang masih lemah menguasai Bahasa Inggeris. Sehubungan itu, katanya, guru perlu diletakkan dalam suasana latihan yang keseluruhannya dalam bahasa Inggeris supaya tahap pencapaian dan kemahiran mereka dapat ditingkatkan. "Kita tidak mahu lagi guru yang berkursus diselang-selikan dengan tugas mengajar. Ia akan menyebabkan mereka hilang fokus," katanya. Beliau berkata, jika perlu, sekolah yang menghantar guru berkursus perlu mencari guru ganti bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas. Noor Rezan berharap guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP). Katanya, imbuhan yang diterima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris. Sumber: Utusan Malaysia online, 24 April, 2009.

21 April 2009

Public Speaking Competition

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup penyertaan "Public Speaking Competition" dilanjutkan dari 16 April 2009 kepada 24 April 2009. Tarikh & Tempat pertandingan tidak berubah iaitu pada 7 Mei 2009 bertempat di SJK (C) Yuk Choi, Lahad Datu. Borang Penyertaan pertandingan & keterangan lanjut telahpun diedarkan kepada semua sekolah melalui "pigeon hole" sekolah masing-masing. Keterangan lebih lanjut boleh diperolehi melalui: 1. Puan Kwan Yuk Ngan (Pengerusi Teknik - SM) > Tel: 019-8999136 2. Cik Helena Semoi Petrus (Pengerusi Teknik - SR) Tel: 019-8820125 3. Encik Samsul Hussin (Setiausaha - SK. Kennedy Bay) Tel: 019-8010848

19 April 2009

RIMUP KELOMPOK 4

18 April 2009 (Sabtu): Giliran SK. Kennedy Bay, Lahad Datu menjadi pengerusi dan tuan rumah program RIMUP kali ini. Program yang dinamakan Motivasi Tahun 6 ini melibatkan lebih kurang 100 orang murid Tahun 6 dari dua buah sekolah, SK. Kennedy Bay dan SK. Kg. Silam. Pengisian program ialah ceramah motivasi untuk meningkatkan pencapaian UPSR 2009 yang disampaikan oleh penceramah jemputan (En. Mapatan bin Sudin dari SMK. Agaseh) dan juga penceramah dalaman (En. Mokhtar Nordin, SK. Kg. Silam dan En. Samsul Husin, SK. Kennedy Bay). Majlis perasmian penutupan telah dilaksanakan oleh Encik Mohd. Husin Vecinti, Unit Pencegahan Dadah, Pejabat Pelajaran Daerah, Lahad Datu. (NOTA:Untuk melihat gambar-gambar selanjutnya, layari laman web berikut > http://www.friendster.com/arsanialam DAN http://www.youtube.com/arsani2alam)

17 April 2009

Kursus Pengurusan Strategik

Kursus Pengurusan Strategik untuk Guru Besar Negeri Sabah anjuran Institut Aminuddin Baki yang bermula 12 April 2009 bertempat di Hotel Palace Kota Kinabalu telah berakhir pada 17 April 2009. Seramai 26 orang guru besar dari pelbagai daerah di Sabah telah menghadiri kursus berkenaan. Baris depan dari kiri: Saniya binti Abdul Salam (SK. Abai Kinabatangan), Zita Ayun (SK. Kinaluan Tambunan), Doris Limun (SK. Mangaris Kota Marudu), Shelly Liew Mui Lin (SJK (C) Yuh Min Tambunan), En. Muhamad Bustaman Bin abd. Manaf (Ketua Jabatan Pengurusan Kualiti IAB merangkap Pengurus Kursus), En. Manoharan A/L Muthusamy (Pensyarah IAB), Ahmadidin Rosidin (SK. Skim Kokos Kunak), Akoh bin Saton (SK. Pinawantai Kudat), Mohd. Jimin bin Abdullah (SK. Sinulihan Baru Keningau), Abd. Rauf Noh (SK. Kampung Suan Lamba Kinabatangan) dan Zakaria bin Abdullah (SK. Moynod Beluran). Baris Tengah dari kiri: Azmin bin Saidin (SK. Kauluan Ranau), Subin Kitang (SK.Lokub Tuaran), Wakhidah Dayat (SK. Talantang Kota Marudu), Hjh. Sakka Labacho (SK. Tg. Labian Lahad Datu), Zamaliah Hj. Karim (SK. Kg. Silam Lahad Datu), Chung Yee Lan (SJK (C) Kung Ming Beaufort), Vun Nyuk Yin @Effie Jane (SK. Simpangan Kota Marudu), Caroline S. Gunting, Hjh. Norhidayati Abdullah (SK. Gantisan Kota Kinabalu), Ramlee bin Ambu (SK. Menumpang Kuala Penyu)dan Jani Tangaron (SK....Kota Belud). Baris Belakang dari kiri: Arsani Alam (SK. Kennedy Bay Lahad Datu), Hamzah Jumadi (SK. Jawa Sumbiling Tenom),Vejayabalan Subramaniam (SK. Tg. Papat 1 Sandakan), Md. Alli bin Burut (SK. Tempurong Kuala Penyu)dan Maad bin Awang (SK......)

10 April 2009

Guru Terbabit Kekecohan

Guru terbabit kekecohan bola sepak boleh dibuang kerja KOTA BHARU: Guru sebuah sekolah rendah di bandar ini yang ditahan kerana membaling mercun ke arah polis dalam perlawanan separuh akhir Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di sini, malam Selasa lalu, boleh dikenakan tindakan buang kerja jika didapati bersalah. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana guru yang didapati terbabit dengan salah laku jenayah yang melanggar peraturan serta peruntukan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran. "Setakat ini, kita belum menerima laporan daripada polis berhubung penahanan guru terbabit dan jabatan akan terus menghantar laporan kepada Kementerian Pelajaran berhubung perkara itu sebaik laporan diterima. "Dalam kes membabitkan jenayah, seseorang guru boleh dibuang kerja kerana ini berkait dengan soal integriti yang menjejaskan nama baik sekolah, jabatan dan kementerian. Kita tidak akan bertolak ansur dalam kes seperti ini," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Dalam kekecohan penonton di Stadium Sultan Muhammed IV itu, polis turut merampas tujuh mercun bola daripada guru berusia 30-an terbabit, selain pelajar Tingkatan Tiga sekolah menengah di bandar ini serta pelajar Politeknik turut ditahan kerana membaling botol minuman ke arah polis. Ketiga-tiga mereka ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 148, 425 dan 332 Kanun Keseksaan. Di KUALA LUMPUR, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata guru terbabit akan berdepan tindakan tatatertib sama ada diturun pangkat, potong gaji atau dibuang kerja. “Kementerian sangat kecewa dengan tindakan guru berkenaan jika benar dia guru yang berkhidmat di bawah kendalian kami kerana tindakannya itu (merusuh) mengundang implikasi buruk kepada generasi muda. “Oleh itu, kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib paling berat terhadap guru berkenaan jika terbukti bersalah, seterusnya menjadi perosak imej perguruan negara yang selama ini dihormati,” katanya. Sumber: Berita Harian, 10 April 2009

Kursus Pengurusan Strategik Untuk Guru Besar

Tarikh: 12 April hingga 17 April 2009. Tempat: Hotel Palace, Kota Kinabalu. Anjuran: Institut Aminuddin Baki (IAB) Nota: Guru Besar SK. Kennedy Bay akan menghadiri kursus tersebut. Sepanjang tempoh berkursus itu, kuasa guru besar diturunkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Jainie Selamat, untuk mentadbir sekolah.

09 April 2009

Senarai Penuh Kabinet Baru

PUTRAJAYA: Senarai Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini: PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Razak TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI 1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi) 2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen) 3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi) 4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam) Timbalan-timbalan Menteri: 1. Datuk Liew Vui Keong 2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim 3. Datuk S.K. Devamany 4. Ahmad Maslan 5. T.Murugiah MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Razak MENTERI KEWANGAN II: DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH Timbalan: 1. Datuk Chor Chee Heung 2. Datuk Dr Awang Adek Hussin MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan: 1. Datuk Dr Wee Ka Siong 2. Dr Mohd Puad Zarkashi MENTERI PENGANGKUTAN: Datuk Ong Tee Keat Timbalan: 1. Datuk Abdul Rahim Bakri 2. Datuk Robert Lau Hoi Chew MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI: Tan Sri Bernard Dompok Timbalan: 1. Datuk Hamzah Zainudin MENTERI DALAM NEGERI: Datuk Seri Hishammuddin Hussein Timbalan: 1. Datuk Wira Abu Seman Yusop 2. Jelaing anak Mersat MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN: Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Timbalan: 1. Datuk Joseph Salang Gandum 2. Senator Heng Seai Kie MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: Datuk Peter Chin Fah Kui Timbalan: Noriah Kasnon MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Datuk Seri Shafie Apdal Timbalan: 1. Datuk Hassan Malek 2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun MENTERI PENGAJIAN TINGGI: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin Timbalan: 1. Datuk Dr Hou Kok Chung 2. Datuk Saifuddin Abdullah MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: Datuk Mustapa Mohamed Timbalan: 1. Datuk Mukhriz Mahathir 2. Datuk Jacob Dungau Sagan MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili Timbalan: Fadillah Yusof MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Datuk Douglas Uggah Embas Timbalan: Tan Sri Joseph Kurup MENTERI PELANCONGAN: Datuk Ng Yen Yen Timbalan: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Datuk Noh Omar Timbalan: 1. Datuk Johari Baharum 2. Datuk Rohani Abdul Karim MENTERI PERTAHANAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad MENTERI KERJA RAYA: Datuk Shaziman Abu Mansor Timbalan: Datuk Yong Khoon Seng MENTERI KESIHATAN: Datuk Liow Tiong Lai Timbalan: Datuk Rosnah Rashid Shirlin MENTERI BELIA DAN SUKAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek Timbalan: 1. Datuk Razali Ibrahim 2. Wee Jeck Seng MENTERI SUMBER MANUSIA: Datuk Dr S.Subramaniam Timbalan: Datuk Maznah Mazlan MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA: Datuk Ismail Sabri Yaakob Timbalan: Datuk Tan Lian Hoe MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: Datuk Kong Cho Ha Timbalan: Datuk Lajim Ukin MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT: Datuk Seri Sharizat Jalil Timbalan: Datin Paduka Chew Mei Fun MENTERI LUAR: Datuk Anifah Aman Timbalan: 1. A.Kohilan Pillay 2. Datuk Lee Chee Leong MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Timbalan: Datuk M.Saravanan - Bernama Sumber: Berita Harian Online - 9 April 2009

07 April 2009

Pertandingan Koir SR & SM Peringkat Daerah Lahad Datu 2009

Tarikh Pertandingan: 4 April 2009 (Sabtu) Tempat Pertandingan: SM. St. Dominic, Lahad Datu. PENYERTAAN: Sekolah rendah hanya 2 buah sekolah saja mengambil bahagian: 1. SK. Kennedy Bay, Lahad Datu. 2. SK. Sepagaya, Lahad Datu. Sekolah menengah juga hanya 2 buah sekolah sahaja mengambil bahagian: 1. SMK. Sepagaya, Lahad Datu. 2. SM. St. Dominic, Lahad Datu. KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEKOLAH RENDAH: Johan: SK. Kennedy Bay, Lahad Datu. Naib Johan: SK. Sepagaya, Lahad Datu. Konduktor Terbaik: Azlina Abdul Wahab (SK. Kennedy Bay) KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEKOLAH MENENGAH: Johan: SMK. Sepagaya, Lahad Datu. Naib Johan: SM. St. Dominic, Lahad Datu. Konduktor Terbaik: .........(SMK. Sepagaya, Lahad Datu) (NOTA: Gambar-gambar semasa pertandingan, akan dimuat-naik kemudian)

02 April 2009

Kemasukan Kanak-Kanak Warganegara Tanpa Dokumen Ke Sekolah

Kemasukan kanak-kanak warganegara tanpa dokumen ke sekolah adalah berdasarkan peraturan yang terdapat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2009. Syarat Kemasukan: 1. Salah seorang, ibu atau bapa kepada kanak-kanak itu mestilah warganegara. 2. Mendapat pengesahan oleh Ketua Kampung. 3. Mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan, misalnya kad klinik/hospital dll. Tarikh pendaftaran: 1 April hingga 30 April 2009. Masa Pendaftaran: Waktu Persekolahan. Tempat Pendaftaran: SK. Kennedy Bay (atau di mana-mana sekolah yang berkenaan) Pegawai Pendaftaran: Encik Jaihirun Suku. Tarikh kanak-kanak dijangka masuk ke sekolah: Jun 2009. Untuk keterangan lanjut dan urusan pendaftaran sila hubungi: 1. Guru Besar 2. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (U.P: Puan Minei Gimoh) 3. Pegawai Pendaftaran (U.P: Encik Jaihirun Suku)

Makluman Mesyuarat & Kursus Pertolongan Cemas

Perkara 1: Mesyuarat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Lahad Datu 2009
Tarikh: 03 April, 2009 (Jumaat) Masa: 2.00 petang. Tempat: Bilik Gerakan, SK. Lahad Datu III, Lahad Datu. Tindakan: Pengerusi Persatuan Pandu Puteri/Tunas Puteri. ------------------------------------------------------------ Perkara 2: Kursus Asas Pertolongan Cemas Peringkat Daerah Lahad Datu 2009.
Tarikh: 04 April 2009 (Sabtu) Masa: 7.00 pagi (pendaftaran) hingga jam 12.30 tengah hari. Tempat: SK. Lahad Datu III, Lahad Datu. Tindakan: Pengerusi Pandu Puteri/Tunas Puteri. Keperluan: 2 orang pemimpin dan 4 orang ahli Pandu Puteri. Yuran: RM3.00 tiap seorang peserta.