25 Februari 2009

Surat Dari Jabatan Pelajaran Sabah.

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH,
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK,
TINGKAT 8, BLOK A, BANGUNAN KWSP,
BEG BERKUNCI 199,
88746 KOTA KINABALU,
SABAH, MALAYSIA.
--------------------------------------------------------------------------
Ruj: JP(SB)/600/100/2/5(40)
Tarikh: 19 Februari 2009
Semua Pengetua dan Guru Besar
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
Tuan/Puan,
SECOND MALAYSIA-THAI CONFERENCE 2009
Dengan hormatnya saya diarah merujuk keputusan Mesyuarat Penyelaras Kajian Tindakan 1/2009, 18 Februari 2009 berkenaan dengan perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Thailand akan menganjurkan persidangan pendidikan kali ke-2 di Bangkok Thailand pada minggu ketiga bulan November.
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki untuk memaklumkan dan mengedarkan surat pemberitahuan penghantaran kertas kajian ini kepada semua guru tuan/puan. Kajian yang dikehendaki ialah Kajian Tindakan (Action Research) dengan mengguna pakai Manual Kajian Tindakan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kertas kajian ini hendaklah ditulis dalam bahasa Inggeris.
4. Semua kertas kajian lengkap hendaklah dihantar kepada Sektor ini pada atau sebelum 27 Mac 2009 dalam bentuk hard copy dan soft copy. Perhatian dan kerjasama tuan/puan sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
t.t.
HAJAH NURI BINTI UDIN
Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Akademik
b.p Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.

17 Februari 2009

Urusan Kenaikan Pangkat PPPLD Gred DGA29 Ke Gred DGA32 Secara KUP "Time Based" Tahun 2010

Kelayakan:
  1. Calon-calon dilantik ke Gred DGA 29 pada 31.12.2000 dan sebelumnya.
  2. Calon-calon lulus PTK pada tahun 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009.
  3. Calon-calon yang telah melaporkan harta (LPH) pada tahun 2006 dan ke atas.

Tarikh Akhir Borang Permohonan Dihantar ke PPD Lahad Datu: 16 Mac 2009.

Keterangan Lanjut: Dapatkan dari Pejabat Am Sekolah (U.P: Puan Alleen Lazarus).

Rujukan: PPG(LD)07/02/008 ( ) bertarikh 17 Februari 2009

Rujukan: JP(SB)900/08/06/05( 02 ) bertarikh 12 Januari 2009.

16 Februari 2009

Permohonan Penempatan Kanak-Kanak Ke Sekolah Rendah Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2010 dan 2011.

Semua ibubapa/penjaga murid adalah dipelawa mendaftar anak mereka untuk penempatan ke Tahun 1 mengikut syarat dan ketetapan seperti berikut: Kelayakan Umur Kanak-kanak:
  1. Kanak-kanak yang lahir dari 02.01.2003 hingga 01.01.2004 untuk persekolahan 2010.
  2. Kanak-kanak yang lahir dari 02.01.2004 hingga 01.01.2005 untuk persekolahan 2011.
Jadual permohonan penempatan: Tarikh: 01 hingga 31 Mac 2009. Hari: Hari Bekerja. Masa: Waktu Pejabat Sekolah. Tindakan: Puan Minei Gimoh (PK. HEM) & Encik Jaihirun Suku (PT) Dokumen yang perlu dibawa oleh ibubapa/penjaga ketika membuat permohonan:
  • Sijil Lahir kanak-kanak berkenaan (Asal dan 2 salinan fotostat yang disahkan di Jabatan Pendaftaran Negara).
  • Bukti alamat tempat tinggal (bil elektrik/dokumen lain yang berkenaan jika perlu).
(Rujukan: PPD(LD)/700/3/10 bertarikh 10 Februari 2009)

12 Februari 2009

Permohonan Bagi Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan Tahun 2009 Institut Aminuddin Baki Secara On-Line

2. ..........mulai tahun 2009 Institut Aminuddin Baki akan melaksanakan pendaftaran kursus secara On-Line bagi setiap kursus anjuran Institut Aminuddin Baki. 3. Permohonan dan pendaftaran kursus boleh dibuat melalui sistem pendaftaran kursus (SPKO) yang boleh dilayari melalui laman web Institu Aminuddin Baki (IAB) iaitu http://www.iab.edu.my yang juga boleh memuat turun segala peraturan dan syarat-syarat kursus. Kenyataan: Dr. Khair Bin Mohamad Yusof Pengarah Institut Aminuddin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Rujukan: KP.IAB.01/09/003( ) bertarikh 18 Disember 2008.

KENYATAAN TAWARAN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PEMBERSIHAN

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan bagi menyertai sebutharga berikut: A. TAWARAN: Perkara: Perkhidmatan Penyelenggaraan Pembersihan. Lokasi: Sekolah Kebangsaan Kennedy Bay, Lahad Datu. Kod Tawaran: SKKB(LD)08/01/006 Tempoh Kontrak: 1 Jun 2009 hingga 31 Mei 2011. B. PELESENAN: 1. Sijil Pendaftaran Kontraktor daripada Perbendaharaan Malaysia Sabah/Kementerian Kewangan Malaysia. Kod Bidang: 220401 (Mencuci Bangunan), 220402 (Membersih Kawasan) 2. Sijil Pendaftaran Taraf Bumiputera. C. PENGAMBILAN DOKUMEN SEBUTHARGA: Harga: Percuma Tempat: Pejabat Am, SK. Kennedy Bay, Lahad Datu. Tarikh Mula: 16 Mac 2009 (Isnin) Tarikh Tutup: 30 Mac 2009 (Jam 12.00 tengah hari). Masa Edaran Dokumen: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 2.00 petang hingga 4.30 petang. D. PENGEMBALIAN DOKUMEN TAWARAN: Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan, dihantar dan dimasukkan TIDAK LEWAT daripada 30 Mac 2009, jam 12.00 tengah hari ke: PETI TAWARAN, SK. KENNEDY BAY, LAHAD DATU. dan dicatatkan maklumat berikut pada sudut atas kiri sampul: KOD SEBUTHARGA: SKKB(LD)/08/01/006. E. PERTANYAAN: Butir-butir lanjut boleh diperolehi daripada Pejabat Am, Sekolah Kebangsaan Kennedy Bay, Lahad Datu di talian 089-898094 (pada masa pejabat). F. PERINGATAN: 1. Sijil-sijil Asal yang disyaratkan sebagai pelesenan hendaklah dikemukakan semasa urusan mendapatkan Dokumen Sebutharga untuk tujuan semakan. 2. Satu set salinan sijil-sijil berkaitan (yang telah disahkan benar) hendaklah diserahkan (tidak dikembalikan) kepada Pejabat ini semasa mendapatkan dokumen sebutharga. Guru Besar, SK. Kennedy Bay, Lahad Datu.

KENYATAAN TAWARAN KHIDMAT KAWALAN KESELAMATAN

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan bagi menyertai sebutharga berikut: A. TAWARAN: Perkara: Khidmat Kawalan Keselamatan. Lokasi : Sekolah Kebangsaan Kennedy Bay, Lahad Datu. Kod Tawaran: SKKB(LD)08/01/005 Tempoh Kontrak: 1 Jun 2009 hingga 31 Mei 2011. B. PELESENAN: 1. Sijil pendaftaran kontraktor daripada Perbendaharaan Malaysia Sabah/Kementerian Kewangan Malaysia. Kod Bidang: 220302 (Kawalan Keselamatan). 2. Sijil pendaftaran taraf Bumiputera. 3. Sijil Agensi Persendirian daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN). C. PENGAMBILAN DOKUMEN SEBUTHARGA: Harga: Percuma Tempat: Pejabat Am. SK. Kennedy Bay, Lahad Datu. Tarikh Mula: 16 Mac 2009 (Isnin) Tarikh Tutup: 30 Mac 2009 (Jam 12.00 tengah hari) Masa Edaran Dokumen: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 2.00 petang hingga 4.30 petang. D. PENGEMBALIAN DOKUMEN TAWARAN: Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan, dihantar dan dimasukkan TIDAK LEWAT daripada 30 Mac 2009, jam 12.00 tengah hari ke: PETI TAWARAN, SK. KENNEDY BAY, LAHAD DATU. dan dicatatkan maklumat berikut pada sudut atas kiri sampul: KOD SEBUTHARGA: SKKB(LD)/08/01/005. E. PERTANYAAN: Butir-butir lanjut boleh diperolehi daripada Pejabat Am, SK. Kennedy Bay, Lahad Datu di talian 089-898094 (pada masa pejabat). PERINGATAN: 1. Sijil-sijil Asal yang disyaratkan sebagai pelesenan hendaklah dikemukakan semasa urusan mendapatkan Dokumen Sebutharga untuk tujuan semakan. 2. Satu set salinan sijil-sijil berkaitan (yang telah disahkan benar) hendaklah diserahkan (tidak dikembalikan) kepada Pejabat ini semasa mendapatkan dokumen sebutharga. Guru Besar, SK. Kennedy Bay, Lahad Datu.

10 Februari 2009

KURSUS BIMBINGAN PROFESIONAL TEKNOLOGI BAGI GURU BESAR / PENOLONG KANAN DAERAH LAHAD DATU

Tarikh: 30 Mac hingga 1 April 2009 Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang Tempat: Makmal Komputer, SK. Lahad Datu III, Lahad Datu. Tindakan: Guru Besar & Penolong Kanan (seperti dalam senarai edaran yang dilampirkan bersama surat jemputan).